Wee Ka Siong ‘goyang’ DAP letak calon melayu di Ayer Hitam, ini reaksinya..

Wee Ka Siong ‘goyang’ DAP letak calon melayu di Ayer Hitam, ini reaksinya..Strategi DAP mencalonkan bekas ADUN Paloh, Sheikh Umar Bagharib Ali untuk bertanding di kerusi Parlimen Ayer Hitam bukanlah ancaman kepada Barisan Nasional (BN) pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Sebaliknya, Presiden MCA, Wee Ka Siong berkata, BN dan parti itu mengalu-alukan kehadiran beliau dan mana-mana parti yang mahu meletakkan calon berbangsa Melayu di kerusi berkenaan.

Wee yang juga penyandang kerusi Parlimen Ayer Hitam berkata, BN tidak gentar kerana yakin dengan calon yang diketengahkan berwibawa, berpengalaman dan bukannya “calon bidan terjun”.

Wee Ka Siong 'goyang' DAP letak calon melayu di Ayer Hitam, ini reaksinya..
#image_title

“Itu cara mereka dan kita (BN) ada cara kita. Kita tidak selalu tukar calon, saya yakin pengundi di Ayer Hitam ini tahu parti mana yang membantu mereka ketika kesusahan, bukannya calon itu Melayu atau bukan.

“Apa pun, sesiapa saja yang datang, saya tidak boleh sekat. Ini kerana soal bertanding di Ayer Hitam saya serahkan kepada rakyat menilai siapa yang bersama mereka selama ini.

Kehadiran kita bukan sebagai ‘bidan terjun’,” katanya selepas menghadiri Hari Sukan Negara Daerah Batu Pahat dan pemberian Bantuan Lesen Keluarga Malaysia (BLKM).

Tanpa mengesahkan beliau akan mempertahankan kerusi tersebut, Wee juga berkongsi pernah berdepan calon Melayu sebelum ini dan menjangkakan ada parti lain yang juga mahu meletakkan calon Melayu.

Wee merupakan penyandang kerusi berkenaan selama empat penggal.

Pada PRU14, beliau menewaskan Liew Chin Tong daripada DAP dengan majoriti 303 undi.

Dua hari lepas, Pakatan Harapan menamakan Sheikh Umar, 37, yang juga ahli Jawatankuasa Tertinggi Pusat DAP dan naib pengerusi DAP Johor sebagai calon kerusi Parlimen itu.

BACA JUGA :

MCA enggan iktiraf PN, akui masih setia bersama BN

Pemuda Umno intai ruang dari MCA untuk bertanding di Seremban

MIC desak Pas Kedah gugurkan lantikan jawatan puak Azmin dari Bersatu