Dah tua baru tahu anak usia 42 dan 40 tahun bukan anak kandung, siap dah bercicit!

“Bercinta sampai ke akhir hayat“, kata-kata ini menjadi idaman setiap suami isteri tatkala membayangkan kebahagiaan menghabiskan sisa hari tua dengan pasangan tersayang. Namun sebelum merasai ‘madu’, pastinya ada ‘racun’ yang perlu ditelan terlebih dahulu. Biasanya di fasa 5-10 tahun awal perkahwinan, rumah tangga bakal diuji dengan 1001 cabaran yang sukar dijangka.

2 anak yang agak menyusahkan…Bapa masih sara hidup sehingga sekarang

Pun begitu bagi seorang lelaki yang merupakan pesara hakim ini, dia malah dikejutkan dengan sebuah rahsia besar di saat usianya sudah benar-benar lanjut. Selepas 51 tahun mendirikan rumah tangga bersama isteri tercinta, dia mendapat tahu bahawa 2 orang anak mereka yang kini berusia 40 dan 42 tahun bukanlah zuriat kandungnya.

Dah tua baru tahu anak usia 42 dan 40 tahun bukan anak kandung, siap dah bercicit!

Sudah Bercicit, Suami Baru Tahu 2 Anak Usia 40 & 42 Rupanya Bukan Zuriat Kandung
Kami bertiga jalani ujian untuk lihat kesesuaian menderma buah pinggang

Perkara mengejutkan itu terdedah di saat abangnya yang menghidap masalah kesihatan memerlukan penderma buah pinggang. Lalu, warga emas berkenaan bersama 2 anaknya yang mahu membantu tampil melakukan pemeriksaan menyeluruh untuk melihat adakah buah pinggang mereka sesuai didermakan. Siapa sangka, status DNA mereka berdua turut diketahui setelah hasil ujian dikeluarkan.

Sudah Bercicit, Suami Baru Tahu 2 Anak Usia 40 & 42 Rupanya Bukan Zuriat Kandung

Saya berharap saya tahu siapa bapa kandung mereka

Lebih menyakitkan lagi, 2 lelaki tersebut rupanya terlahir daripada ‘benih’ berbeza memandangkan ibu mereka kerap bertukar-tukar pasangan. Bertahun-tahun menjadi Tuan Hakim dengan pengalaman yang cukup hebat, warga emas ini yakin dia mampu memfailkan saman ganti rugi sekiranya identiti bapa-bapa kandung itu diketahui. Dari nada suara yang cukup suram sudah cukup menggambarkan kekecewaan hati setelah mengetahui perkara berkenaan.

@kevinwesleygenieAfter 51 years of marriage this judge learns his children arent his!!!♬ original sound – Kevin W’esley

Sudah Bercicit, Suami Baru Tahu 2 Anak Usia 40 & 42 Rupanya Bukan Zuriat Kandung

“Saya akan memandu pulang untuk merangka kertas penceraian, lihatlah sama ada saya boleh bebas daripada perempuan gila itu. Sejak dulu saya bertahan dia dengan demi anak-anak, cucu-cucu & sekarang, cicit. Tapi, mereka bukan anak saya, lantaklah”

KREDIT : TikTok Kevin W’esley

Baca : Dong Zong mahu kerajaan berfikiran terbuka syarikat arak sumbang dana kepada sekolah