[VIDEO] Ibarat filem, 6 tahanan Palestine bolos penjara Israel guna terowong

Enam warga Palestin yang dipenjara di Penjara Gilboa di Israel dilapor berjaya meloloskan diri melalui terowong rahsia yang digali mereka pada awal pagi Isnin.

Jurucakap polis, Eli Levi berkata, kehilangan mereka dikenal pasti setelah beberapa kesan yang ditinggalkan ditemui di sekitar kawasan penjara berkawalan keselamatan tinggi berkenaan pada pukul 3.30 pagi.

“Malam semalam, kami menerima laporan-laporan mengenai beberapa kesan mencurigakan yang ditemui di ladang pertanian penjara.

“Pantas kami dapati bahawa ada tahanan yang hilang dari sel mereka, enam orang kesemuanya melarikan diri,” katanya kepada Israeli Kan Radio, memetik Aljazeera.

Ibarat filem, 6 tahanan Palestine bolos penjara Israel guna terowong

Laporan tempatan melaporkan, mereka berkongsi satu sel yang sama sebelum melarikan diri melalui terowong, selain dipercayai turut mendapat bantuan pihak luar.

Hasil siasatan mendapati, laluan terowong tersebut digali menggunakan sudu bermula dari bawah tandas di dalam sel mereka dan menuju ke arah luar kawasan fasiliti penjara.

Seluruh agensi keselamatan Israel kini giat menjalankan operasi menjejaki mereka secara besar-besaran termasuklah menggunakan helikopter di sekitar bandar dan kampung berdekatan Tebing Barat.

Sementara itu Perdana Menteri Israel, Naftali Bennett bertegas, kes pelarian banduan tersebut diklasifikasikan sebagai insiden yang sangat serius dan perlu diselesaikan segera.

Untuk rekod, banduan yang dikenal pasti melarikan diri itu antaranya ialah Zakariye Zubeidi, 46, yang merupakan bekas pemimpin Fatah di wilayah Jenin, Tebing Barat.

Difahamkan, Zakariye adalah salah seorang daripada lima anggota Palestinian Islamic Jihad yang dihukum penjara seumur hidup kerana didakwa terlibat dalam serangan ke atas Israel semasa era Intifada Palestin pada awal 2000 dahulu.

Turut sama yang melarikan diri ialah Monadel Yacoub Nafe’at, 26; Yaqoub Qassem; Yaqoub Mahmoud Qadri, 49; Ayham Nayef Kamamji, 35, dan Mahmoud Abdullah Ardah, 46.

Penjara Gilboa merupakan sebuah penjara khas di bawah Perkhidmatan Penjara Israel yang dibuka bermula 2004 semasa era Intifada Palestin kedua.

Difahamkan, ia dilengkapi dengan kawalan keselamatan yang agak ketat bagi mengawal rapi ratusan banduan Palestin yang dihukum penjara di sana.

Berita Penuh : https://siakapkeli.my/2021/09/07/video-bagaikan-prison-break-enam-warga-palestin-berjaya-lolos-dari-penjara-israel-guna-terowong/?

BACA JUGA:

Terpaksa menyamar jadi wanita, tentera British pakai Burqa untuk lari dari Taliban
Lelaki terkedu sedang bertugas di offshore, dapat berita tunang bakal nikah lelaki lain
Suami isteri ditahan kerana tumbuk, cucuh puntung rokok & tekap bayi guna seterika