Tular video lelaki tanpa seurat benang di heret buaya

Tular video lelaki tanpa seurat benang di heret buaya. Buaya besar dirakam sedang mengheret mayat seorang lelaki tanpa seurat benang dalam kejadian yang berlaku di sebuah lagun di Mexico pada Khamis.

Sebelum menemui ajal, mangsa yang berusia dalam lingkungan 20-an dipercayai tidak mengendahkan amaran larangan mandi atau berenang di kawasan itu.

Pengunjung yang hadir untuk melihat penyu di Laguna Del Carpintero, Tampico itu dikejutkan dengan seekor buaya berukuran 11 kaki, yang berenang melepasi mereka bersama mayat seorang lelaki.

Pihak polis yang menerima laporan itu kemudian tiba di lokasi kejadian, manakala pemeriksaan lanjut mendapati, reptilia pemangsa itu telah mengheret jasad lelaki berkenaan ke lokasi pembetungan yang berdekatan.

Sementara itu, pihak bomba mengambil masa kira-kira satu jam untuk membuka penutup logam pembetung, sebelum berjaya mengikat mulut buaya dan menariknya keluar.

Mayat lelaki itu kemudian berjaya dikeluarkan daripada lubang pembetungan tersebut.

Kawasan lagun berkenaan sememangnya terkenal dengan serangan buaya dan beberapa individu sebelum ini dilaporkan telah menjadi mangsa reptilia itu.

BACA JUGA :

Lelaki mimpi sedang potong daging rupanya potong zakar sendiri

Keluarga pengkid pakai ihram di mekah kosongkan rumah elak dikecam jiran

Tular video lelaki gunting bendera Malaysia di Ibukota