Tukang Sapu Sampah Tercantik-Tetap Bersolek Walau Kerja Di Jalanan

Dalam keadaan ekonomi yang bukan sahaja menyerang Malaysia malah seluruh dunia, maka ramai tidak memilih kerja dan menyambar segala peluang yang ada.

Buat wanita yang bekerja sebagai tukang sapu di Thaland, dia tidak menjadikan kerjanya sebagai penghalang untuk bersolek walaupun tahu cuaca di luar tidak menentu.

Menurut portal NextShark, Pattaramon Thocharoen kini menjadi TikToker terkenal selepas meraih lebih 300k pengikut.

Pertambahan pengikut ini dapat dilihat selepas dia memuat naik video mengenai dirinya sedang membuat kerja.

Apa yang menarik adalah wanita tersebut dilihat bersolek malah memasang kuku palsu walaupun bekerja di bawah matahari yang terik.

Disebabkan penjagaan diri dan rupanya ketika membuat kerja, wanita berusia 27 tahun itu digelar tukang sapu paling cantik di Bangkok.

Walaupun pernah dikecam warganet kerana mengenakan solekan walhal bekerja sebagai tukang sapu sampah, wanita itu tetap berfikiran positif.

“Saya pernah dikritik kerana mengenakan mekap dalam bidang saya tapi kenapa saya tak boleh kelihatan cantik semasa melakukan kerja?

“Saya buat untuk kepuasan diri sahaja,” katanya seperti dipetik NextShark.

@241262bp เห็นฉันไหม😆 โดดละเด่นมาก#พนักงานกวาด #ความสุขของอรุณ #เขตจอมทอง ♬ เสียงต้นฉบับ – อรุณเบิกฟ้า นกกาโบยบิน

Ikut jejak langkah ibu ayah

Wanita cantik tidak malu malah bangga dengan bapanya yang bekerja sebagai pemandu lori sampah dan ibunya pernah menjadi tukang sapu untuk membesarkannya.

Maka untuk dia menjadi tukang sapu bukanlah satu masalah malah ia juga sumber rezeki dan kini kewangannya lebih baik disebabkan pendapatan daripada video dimuat naik di TikTok.

@241262bp เห็นเรา ไหม สรุป🤭#เขตจอมทอง #ความสุขของอรุณ #พนักงานกวาด #เปิดการมองเห็น ♬ สามช่ามหาสนุก (ไม่ได้ก็ไม่เอา Ver.) – Pixxie & bamm & Proo Thunwa & DIDIxDADA & LIT Artists

Baca Selanjutnya :