Perjanjian persefahaman kerjasama (MOU) antara Kerajaan Perpaduan meyakinkan, ulas Zahid

Perjanjian persefahaman kerjasama (MOU) antara Kerajaan Perpaduan meyakinkan, ulas Zahid.

Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan bahawa perjanjian persefahaman menerusi kerjasama antara gabungan parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan, berupaya bertahan dalam tempoh jangka panjang.

Menurut Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pihaknya bersetuju dengan perjanjian yang dimeterai kerana empat elemen di sepakati bersama.

Jelasnya, elemen berkenaan membabitkan mempertahankan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.

LIVE

NASIONAL
Zahid yakin perjanjian persefahaman kerjasama antara gabungan politik mampu bertahan
Oleh Fahmy A Rosli
Disember 28, 2022 @ 12:19am
[email protected]
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Dewan Taklimat ICU Bangunan Perdana Putra. – Foto fail NSTP
Timbalan Perdana Menteri yang juga Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi pada sidang media selepas mempengerusikan mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pusat di Dewan Taklimat ICU Bangunan Perdana Putra. – Foto fail NSTP
KUALA LUMPUR: Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menyuarakan keyakinan bahawa perjanjian persefahaman menerusi kerjasama antara gabungan parti politik yang membentuk Kerajaan Perpaduan, berupaya bertahan dalam tempoh jangka panjang.

Menurut Presiden UMNO merangkap Pengerusi Barisan Nasional (BN) itu, pihaknya bersetuju dengan perjanjian yang dimeterai kerana empat elemen di sepakati bersama.

Jelasnya, elemen berkenaan membabitkan mempertahankan agama Islam, hak keistimewaan orang Melayu, Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan dan kedaulatan Raja-Raja Melayu.
BERITA BERKAITAN
Perjanjian gabungan parti dalam kerajaan bawa kestabilan pasca PRU15
Pemilihan UMNO tidak akan gugat kestabilan kerajaan – Nazri
Perjanjian antara parti Kerajaan Perpaduan dijangka dimeterai esok
Pilih dengan bijak elak perpecahan parti Melayu-Islam lebih parah

Berita terkini setiap pagi
Dapatkan Berita Pilihan
Berita Harian dalam e-mel anda

Name
Alamat E-mel
Dengan melanggan, anda bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi
Daftar Sekarang

Beliau menyuarakan ketegasan itu melalui rundingan dengan Pakatan Harapan (PH) kerana pihaknya menganggap ia perlu diangkat sebagai tajuk utama bagi memastikan perkara berkenaan tidak boleh dipertikai selain harus dipatuhi.

“Apabila perjanjian ini ditandatangani oleh pelbagai pihak, perkara berkenaan juga tidak pernah dikompromi malah dijadikan sebagai antara asas pertama kepada perjanjian itu bukan sahaja untuk waktu ini tetapi untuk jangka panjang,” katanya dalam program bual bicara bertajuk Rekonsiliasi Politik: Apa Untung Pada Negara? yang bersiaran secara langsung malam ini.

Ditanya mengapa BN memilih PH bagi membentuk kerajaan, Ahmad Zahid menjelaskan bahawa pihaknya tidak membuat keputusan sembrono sebaliknya ia bersandarkan dapatan analisis termasuk unjuran.

Mengambil kira kemudaratan hasil analisis berkenaan, beliau berkata mudarat apabila bekerjasama dengan Perikatan Nasional (PN) jauh lebih berbahaya berbanding bersama PH.

“Saya bincang dengan rakan-rakan bukan saya saja di dalam Dewan Tertinggi BBN tetapi juga dalam Majlis Tertinggi (MT) UMNO. Kita lihat daripada segi mudarat, mana lebih besar dengan PN atau dengan PH.

“Kami melakukan analisis bukan hanya analisis politik sekarang tetapi analisis politik untuk jangka masa sederhana dan jangka panjang untuk tentukan mudarat mana yang kurang, yang boleh terus merelevankan UMNO.

“MT sudah memutuskan di kawasan sama kita bertanding di kawasan yang disebut sebagai The Malay Belt iaitu kawasan yang mempunyai kelompok pengundi Melayu. Mereka (PN) menang 74 kerusi dan tentunya kita akan berperang di gelanggang yang sama.

“Di dalam PH, kita lihat dari segi analisis politik dan kita melakukan beberapa unjuran bahawa potensi besar untuk kita menang semula kawasan yang kita kurang undi dahulu boleh kita gali semula potensinya. Saya tidak riak, tidak takbur, tidak ujud tetapi saya fikir hal ini lebih baik kalau kita bersama dengan PH untuk survival, kesinambungan jangka panjang untuk UMNO serta BN,” katanya.

Pada 16 Disember lalu, lima gabungan politik utama iaitu PH, BN, Gabungan Parti Sarawak (GPS), Gabungan Rakyat Sabah (GRS) dan Parti Warisan (Warisan) menandatangani perjanjian persefahaman kerjasama di Putrajaya bagi membentuk Kerajaan Perpaduan.

Perjanjian itu ditandatangani oleh Setiausaha Agung PH Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail, Setiausaha Agung BN Datuk Seri Zambry Abdul Kadir, Setiausaha Agung GRS Datuk Masidi Manjun, Setiausaha Agung GPS Datuk Seri Alexander Nanta Linggi dan Setiausaha Agung Warisan Datuk Loretto Padua Jr dengan disaksikan oleh semua pengerusi gabungan terbabit.

BACA JUGA:

Adly bidas Dr M, yakin Anwar mampu memimpin negara berdepan jangkaan ketidaktentuan ekonomi global

2 lelaki dan 3 wanita ditahan, disyaki dera dan bunuh adik kepada rakan merekaBendung ‘brain drain’, Adam ambil serius rungutan kakitangan penjagaan kesihatan