Netizen geram tengok gadis ‘kurang ajar’, suruh cleaner bersihkan kasut

Netizen geram tengok gadis ‘kurang ajar’, suruh cleaner bersihkan kasut.

Seorang gadis teruk dikecam netizen gara-gara dia menjulurkan kakinya ke arah pekerja pembersihan sambil lelaki terbabit membersihkan tapak kasutnya di sebuah kafe.

Memang kerja cleaner tapi bukan cuci kasut orang

Video berdurasi 14 saat itu dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok dikenali sebagai Dirly Danzel Delion, memperlihatkan seorang pekerja pembersihan sedang membersihkan tapak kasut seorang pelanggan wanita di sebuah kafe.

Namun, apa yang membuatkan netizen tidak berpuas hati adalah tindakan gadis terbabit yang duduk di atas kerusi sambil menjulur kakinya ke arah pekerja terbabit dilihat seperti kurang sopan.

Netizen geram tengok gadis 'kurang ajar', suruh cleaner bersihkan kasut

Dia memang cleaner tapi bukan untuk bersihkan kasut pengunjung.

Meskipun lelaki terbabit hanyalah pekerja pembersihan yang ditugaskan untuk menyapu lantai serta membersihkan kawasan berkenaan, namun gadis itu tidak mempunyai sifat berperikemanusiaan untuk menanggalkan kasutnya terlebih dahulu lalu memberikan kepada lelaki tersebut.

Sepatutnya boleh fikir untuk tanggalkan kasut lepas tu pinjam penyapu dia dan bersihkan sendiri atau kalau tak nak tangan kotor tinggalkan kasut tu dan minta staf bersihkan lepas tu bagi tips.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata warganet meluahkan rasa marah dengan tindakan gadis berkenaan. Malah, ada juga di antara mereka mendoakan agar pekerja terbabit dilimpahi rezeki dan berjaya pada masa hadapan.

BACA:

Lelaki dedah laman web ini mudah bocor data rakyat Malaysia

Penduduk risau, buaya muncul semula selepas 10 tahun di pantai kampung ini

Ini cara jadikan kucing berbulu gebu, ramai yang tak tahu