Menu rahsia Subway akhirnya terbongkar…

Menu rahsia Subway akhirnya terbongkar. Restoran makanan segera Subway memang terkenal terutamanya dalam kalangan mereka yang gemarkan makanan sihat

Mana tidaknya, sandwich di Subway ini memang sangat mengenyangkan dan terdapat juga pelbagai pilihan menu. Menu-menu yang menjadi kegemaran ramai termasuklah Meatball Marinara dan Chicken Teriyaki.

Namun, kalau anda semua nak tahu, restoran ini boleh customize menu-menu sedia ada mengikut citarasa masing-masing. Best kan?

Jom ikuti antara lima menu rahsia sandwich Subway daripada perkongsian seorang pengguna TikTok, @syafiqunil98.

1. Veggie Deluxe + Extra Cheese + Avocado

Menu rahsia Subway akhirnya terbongkar...

Jika anda sukakan sayuran, menu ini memang untuk anda. Untuk rasa yang lebih sedap anda boleh request untuk add on one scoop avocado dan extra mushroom.

Untuk menu ini, anda digalakkan untuk letak dua jenis sos sahaja iaitu Mayonnaise and Thousand Island. Kalau nak minta extra sos pun boleh. Akhir sekali, minta tambahkan sedikit serbuk lada hitam.

2. Seafood Sensation + Chicken Slice

Untuk menu yang kedua ini, anda perlu order Seafood Sensation and minta add on chicken slice. Anda juga boleh tambahkan kepingan keju atau mozzarella cheese mengikut citarasa masing-masing.

Kemudian tambahkan sayur seperti biasa atau boleh juga request tak mahu sayur. Untuk menu ini anda disarankan letak 4 jenis sos sahaja iaitu Mayonnaise, Cheese, Chili Sauce dan Thousand Island.

3. Steak and Cheese + Macaroni Cheese

Buat penggemar Steak and Cheese, menu ini memang wajib anda cuba! Pertama sekali pesan menu Steak and Cheese. Kemudian, anda boleh minta extra cheese slice atau add on mozzarella cheese.

Highlight bagi menu ini adalah anda perlu add on one scope macaroni cheese. Kemudian, tambahkan sayur seperti biasa. Cadangan bagi sos pula, ada perlu letak Cheese, Thousand Island, Chilli Sauce dan Spicy Mayo. Kalau nak tambah sos lebih pun boleh.

4. Breaded Chicken + Extra Cheese + Chicken Strips

Ini antara menu yang patut anda cuba kalau datang Subway. Order Breaded Chicken, minta extra cheese dan add on chicken strips atau lebih dikenali sebagai bacon.

Buat yang tidak sukakan sayur, anda boleh request jangan letak sayur. Sos yang dicadangkan anda letak merupakan Honey Mustard, Chipotle and Spicy Mayo.

5. Subway Club + Egg

Kalau dah jemu makan roti, anda boleh cuba wraps pula. Pesan Subway Club, dalam menu ini ada Chicken Slice, Turkey dan dua cheese slice.

Kemudian, minta special request untuk add on telur. Tambahkan sayur mengikut citarasa masing-masing. Cadangan bagi sos pula adalah letak Sweet Onion, Mayonnaise dan Hot Pepper. Akhir sekali, request untuk letak sedikit serbuk lada hitam.

BACA:

Pemuda ini dapat pujian ramai, sanggup beri selipar kepada warga emas

Selepas larang Ustaz Abdul Somad, Singapura dakwa terima ancaman seperti 9/11

Dulu sering dipertikai, kini langkah TMJ mula dituruti satu persatu