KPM umum keputusan SPM 2021 pada 16 Jun ini

KPM umum keputusan SPM 2021 pada 16 Jun ini. Keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) bagi calon 2021 akan diumumkan mulai 10 pagi pada 16 Jun ini.

Menurut Menteri Kanan Pendidikan Datuk Dr Radzi Jidin, terdapat tiga kaedah untuk mendapatkan keputusan tersebut.

Pertama, calon-calon sekolah boleh mendapatkan keputusan dengan hadir di sekolah masing-masing. Kedua, secara dalam talian melalui pautan yang akan diberikan. Dan ketiga, melalui khidmat pesanan ringkas (SMS).

“Apa yang paling penting untuk anak-anak, perjalanan masih jauh, banyak peluang dan ruang di hadapan sana.

“Apa saja keputusan SPM nanti terimalah dengan hati yang terbuka, terus bergerak ke hadapan dan lakukan yang terbaik,” katanya dalam muat naik video di media sosial, hari ini.

KPM umum keputusan SPM 2021 pada 16 Jun ini

Seramai 407,097 calon menduduki peperiksaan SPM yang diadakan pada Mac lalu.

Peperiksaan Tingkatan 5 berkenaan ditangguhkan pada Mac tahun ini berbanding kebiasaan yang diadakan pada akhir tahun persekolahan, ekoran negara dilanda pandemik COVID-19.

BACA:

Bekalan ubat kurang, boleh berlanjutan hingga hujung tahun

Adi Putra anggap segala kekayaan yang dimiliki adalah kurniaan dan pinjaman Allah SWT saja

Peniaga mengeluh, ayam tidak habis dijual sebab harga mahal