Kisah suami bunuh isteri sendiri, ini bukti sudah rancang setahun yang lalu

Kisah suami bunuh isteri sendiri, ini bukti sudah rancang setahun yang lalu. Pembunuh kejam seorang psychopath Hanafi Chaah 43 tahun, meninggalkan mesej yang mengerikan di Facebooknya sebelum menembak, memasukkan mayat dalam tong air dan kemudian menanam isterinya sendiri dengan menggunakan jengkaut di dalam lubang sedalam dua meter.

Pembunuh Psychopath ini seolah2 telah merancang pembunuhan istwri seawal Ogos 2020 menerusi hantaran2 yang menyebabkan bulu roma kita berdiri.

Isteri beliau Hasliza Alias, 31 tahun, lulusan Diploma IT, KPTM dan bekerja sebagai kerani di syarikat swasta ditembak dengan senapang angin di kepala. Hanafi Chaah dengan bantuan seorang rakan subahat kemudiannya memandu Pajero 4WD ke Ladang Serai miliknya dan kemudian menimbus mayat isterinya di dalam ladang tersebut.

Apakah dosa Hasliza Alias kepada suaminya sehingga menerima nasib yang sebegitu kejam? Hasliza Alias yang ditembak sewaktu tidor pada jam 2 pagi dipercayai telah meminta cerai dari suaminya. Apakah motifnya cemburu buta? Pasangan ini mempunyai dua anak kecil selain dari Hanafi Chaah yang mempunyai seorang lagi anak lelaki dari bekas isteri pertama.

Hantaran2 di FB isteri menunjukkan pasangan ini sangat bahagia, tetapi hantaran di FB Hanafi Chaah pula menunjukkan rumahtangga mereka seumpama sedang dilanda ribut yang membadai tanpa henti.

Hanafi adalah seorang pemandu jengkaut dan bergaji tetap sebanyak RM200 sehari. Beliau juga ahli sukarelawan bomba walaupun ada beberapa rekod jenayah melibatkan penggunaan senapang angin. Duit bukanlah motif pembunuhan. Hanafi Chaah juga dipercayai terlibat dalam aktiviti pemerasan dan Abang Kawasan yang digeruni di Chaah.

Selepas membunuh dan menanam isterinya, Hanafi kemudian memberitahu jiran2nya Hasliza telah lari dari rumah.

Siasatan polis dibuat berikutan report dari jiran yang terdengar tembakan dan mengesyaki sesuatu telah berlaku pada Hasliza Alias pada jam 2 pagi 1 Mac 2021. Walaupun si suami mengatakan isterinya telah melarikan diri.
Kalau dilihat dari kemesraan mereka di Facebook memang tidak menjangka bahawa inilah pengakhiran kejam seorang isteri yang setia dan baik budi.

Hantaran2 di FB si pembunuh juga menudoh isterinya sebagai tidak pandai memasak dan menjaga suami.

Siasatan selama 3 hari 3 malam akhirnya membuahkan hasi. Hanafi Chaah yang dikhianati oleh rakan subahatnya akhirnya membawa polis ke ladang Serai tempat mayat isterinya yang dibunuh dengan kejam.

Kes akhirnya selesai. Alfatehah buat Allahyarhamah Hasliza Alias yang hanya mengimpikan kebahagiaan buat beliau dan anak2nya. Kebahagiaanya dan masa depan anak2nya yang masih kecil musnah sekelip mata.

Sumber :

BACA:

Honda HR-V versi baru bakal tiba di Malaysia, jadi sebutan ramai

Aku dah tak tahan, isteri tak mampu layan pada malam pertama

Wanita melayu ditegur tak ajar suami asal Afrika cara makan, sekali ini yang terjadi