Kerusi bertindih? Pembahagian kerusi PPBM dan PAS temui jalan buntu..

Kerusi bertindih? Pembahagian kerusi PPBM dan PAS temui jalan buntu.. Naib Presiden PAS Ahmad Samsuri Mokhtar mengesahkan pembahagian kerusi parti itu yang akan dimuktamadkan Perikatan Nasional (PN) adalah memuaskan.

“Apa yang boleh saya sampaikan ialah angka itu adalah cukup baik sekali,” katanya selepas menghadiri mesyuarat Majlis Presiden PN di ibu pejabat Bersatu.

Dalam pada itu, Setiausaha Agung PAS Takiyuddin Hassan berkata keputusan mengenai pembahagian kerusi parti gabungan belum dimuktamadkan lagi.

Kerusi bertindih? Pembahagian kerusi PPBM dan PAS temui jalan buntu..
#image_title

“Itu masih dalam perbincangan. Selagi belum sampai hari penamaan calon, pembahagian kerusi ini masih boleh dibincangkan,” katanya.

Menjawab soalan mengenai penetapan logo di negeri ditadbir parti itu, Takiyuddin berkata, hanya dua negeri iaitu Kelantan dan Terengganu akan menggunakan lambang PAS pada pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

“Manakala Kedah pula dimuktamadkan menggunakan logo PN untuk bertanding nanti,” katanya turut memaklumkan kerjasama dengan Gerakan Tanah Air (GTA) tidak dibincangkan dalam mesyuarat tadi.

Terdahulu, Takiyuddin berkata semua calon PN akan menggunakan lambang “bulan” di Kelantan, Terengganu dan Kedah pada PRU15 dan perkara itu sudah mendapat “lampu hijau” dan kelulusan gabungan itu.

Susulan itu Ketua Penerangan Bersatu, Wan Saiful Wan Jan, berkata PN belum memuktamadkan penggunaan logo gabungan itu pada PRU15.

Katanya, beliau percaya bahawa Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) PN akan membuat keputusan terbaik untuk memastikan gabungan itu menggunakan satu logo bagi menunjukkan kesatuan antara mereka, pada masa sama mahu memudahkan rakyat membuat pilihan.

Sementara itu, Timbalan Presiden PAS, Tuan Ibrahim Tuan Man, berkata segala perbincangan tentang pembahagian kerusi lebih 90% selesai.

“Tinggal lagi 1.1 % yang masih perlu dibincangkan. Tunggu pengumuman nanti,” katanya.

BACA JUGA :

Menteri Pas leka tenung model tak pakai coli tayang dada tersembul?

PANAS!!! Tidak iktiraf Azmin pengarah PRU 15, Pas Selangor nafi bincang pilihan raya?

GEMPAR !!! DAP sedia sokong Muhyiddin syaratnya buang dulu Hamzah dan Azmin