Kecoh youtuber bunuh kekasih, cikgu mangsa tampil dedah cerita sebenar

Kecoh youtuber bunuh kekasih, cikgu mangsa tampil dedah cerita sebenar .Seorang pemuda tular di media sosial menceritakan kisah disebalik isu kematian tragis seorang wanita pada Sabtu lalu yang dipercayai akibat dipukul teman lelakinya yang juga seorang Youtuber.

Membahasakan dirinya sebagai ‘cikgu’ beliau mendakwa mengenali rapat mangsa, teman lelaki dan beberapa rakannya yang terlibat kerana mereka adalah bekas anak muridnya di sekolah Henry Gurney.

Beliau berkata, pemergian wanita terbabit yang juga bekas pelajarnya amat mengejutkan seluruh warga sekolah itu.

Dalam video tersebut beliau turut berang dengan sikap bekas pelajarnya yang suka bercerita kepada orang ramai pengalaman sepanjang menjalani kehidupan di sekolah tersebut setelah keluar.

“Cerita tentang Joker dengan Jamal dan yang lain-lain bekas pelajar apabila keluar je terus nak jadi Youtuber.
“Tak kisah la korang nak kongsi pengalaman tiga atau lima tahun paling lama di sekolah Henry Gurney ni tapi dekat penjara besar pun tak pernah diorang nak kongsi cerita kat orang.

@ceo.of.gantung Reply to @putrasyariz #fypmalaysia #thegantungz #jomolo2 #royalqmalaysia #fypシ #RancakRaya ♬ Doaku Untukmu Sayang – Wali

“Ustaz la, malaikat maut la, Wan Norhizal la, habis nama kau petik staf-staf kat dalam ni. Beradap la sikit hormat orang sikit, kami ni bekerja. Cerita kat dalam biar kat dalam la tak payah bawa keluar, melampau-lampau.

“Kalau cikgu ni boleh buat video balas dah lama cigu buat video balas yang korang semua cerita tu tak betul,” katanya.

Terdahulu media melaporkan, seorang wanita itu mengalami kecederaan parah dipercayai dipukul teman lelakinya sebelum mangsa meninggal dunia dan kejadian tersebut berlaku selepas pasangan kekasih tersebut bertengkar disyaki bermotifkan cemburu.

Mangsa dan teman lelakinya menumpang di rumah sewa rakan mereka sejak tiba di negeri ini 27 Mac lalu untuk video laman Youtube mereka. Difahamkan wanita itu berasal dari Melaka.
Susulan itu polis menahan seorang Youtuber dan tiga rakannya bagi membantu siasatan.

baca:

Youtuber terkenal ditahan polis, didakwa bunuh kekasih kerana cemburu

Ini negara yang paling panjang dan pendek berpuasa tahun ini

Bermula 9 April, semak pengeluaran khas KWSP anda di pautan ini