Kahwin Sampai Menyanyi Dan Menari Dalam Masjid-Warganet Kecam Habis-Habisan

Satu majlis perkahwinan gilang-gemilang, lengkap dengan acara tarian dan nyanyian, yang diadakan di dalam kawasan Masjid Mohammad Ali di sini baru-baru ini, menerima kecaman daripada ramai pihak.

Gulf News melaporkan pengguna media sosial menyebarkan secara meluas klip video acara yang diadakan di masjid terletak di dalam Istana Salah Al Deen itu.

Rakaman itu memaparkan hadirin menari mengikut alunan DJ, dengan beberapa wanita tampil tanpa bertudung, seolah-olah tidak menghiraukan kesucian agama Islam dan masjid berkenaan.

Tindakan sedemikian di dalam masjid, tempat ibadat yang dihormati, mendapat kritikan keras daripada pengguna media sosial.

Mereka menganggap perbuatan itu tidak sopan dan menekankan bahawa masjid adalah rumah Allah yang ditetapkan untuk ibadat dan bukan untuk tarian atau perayaan tradisi.

Reka bentuknya mencerminkan keindahan Masjid Sultan Ahmed di Istanbul yang dibina pada 1616. Ia juga mempunyai persamaan dengan Masjid Khalid bin Al Walid di Homs, Syria, terutamanya dalam keseluruhan struktur, kubah dan menaranya.

Baca Selanjutnya :