Jiran Sentap Ditegur Parkir Depan Rumah Terus Hantar Sihir-“Tiap Hari Ada AIr Kencing Depan Pintu Rumah”

Bukan semua orang bernasib baik mempunyai rukun tetangga yang harmoni, ada yang bermasam muka,

bermusuh malah sampaikan guna ilmu hitam pun ada seperti satu kejadian yang dikongsikan oleh seorang perawat di Pusat Rawatan Islam Ar Syifa Al Mustakim, iaitu Ustaz Zamri.

Sentap lepas ditegur kerap parkir depan rumah, jiran sebelah terus hantar sihir, “Setiap hari ada air kencing depan pintu”

Kisahnya pesakit yang merupakan seorang wanita ini dikatakan telah disihir oleh jirannya sendiri.

Kata Zamri, wanita itu telah disihir oleh jirannya yang kerap meletakkan kereta di hadapan rumahnya sampai mengganggu urusan harian.

“Jiran sebelah kerap sangat parking betul-betul depan pagar rumah sampai kereta sendiri nak keluar pun tak boleh.”

“Ada satu hari tu dia cakap dengan jiran. Cakap elok-elok kot supaya jangan parking depan pagar. Kalau parking tepi pagar tak apa.”

Tambah Zamri, jiran wanita itu bukan sahaja jadi bengang, dia siap maki hamun dengan kata-kata kesat kepada wanita itu. Sejak dari situ, wanita itu mula sedar bahawa ada banyak perkara aneh berlaku kepada dirinya.

“Merah menyala muka jiran tu dan dia jawab dengan nada tinggi. Dia kata kau pun sewa je. Sebelum mangsa duduk sini. itu memang tempat dia parking. Kena faham dia banyak kereta.”

“Lepas sound jiran sebelah, hari-hari ada air kencing disimbah atas lantai depan pintu. Sesekali sup bunjut depan pagar.”

Waktu wanita itu sedang dirawat dapat dilihat menerusi satu rakaman video yang dikongsikan oleh Ustaz Zamri di TikTok miliknya. Video tersebut memperlihatkan Zamri sedang memegang kepala mangsa serta leher.

Mangsa juga dilihat sedang menahan sakit sambil terbatuk-batuk mahu memuntahkan sesuatu.

Dalam masa 3 hari, video ini telah meraih lebih daripada 77K jumlah tontonan.

Rata-rata netizen kesian dengan nasib wanita ini, ada juga yang marah dengan jiran serta kongsikan pengalaman yang lebih kurang sama.

Baca Selanjutnya :