Ibu bapa berhabis RM30,000 ganti patung Teletubbies dipecahkan anak

Ibu bapa berhabis RM30,000 ganti patung Teletubbies dipecahkan anak. Ibu bapa seorang kanak-kanak di Hong Kong terpaksa membayar ganti rugi berjumlah 30,000 yuan (RM19,750) kepada sebuah kedai permainan selepas budak lelaki tersebut menjatuhkan sebuah patung Teletubbies yang dipamerkan di premis itu, lapor laman berita St Headline.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan kedai KK Plus di Mongkok, pelanggan berkenaan telah membayar pampasan bagi patung yang bernilai lebih 50,000 yuan (RM32,919) itu.

Kata kenyataan itu, insiden tersebut telah pun selesai dan mendapat persetujuan kedua-dua pihak.

Patung itu juga merupakan prototaip bagi cetakan pertama, dan harga rasmi bagi prajualan adalah 52,800 yuan (RM34,765).

Dekorasi itu diletakkan hanya untuk tujuan pameran dan berada di kedudukannya sejak November tahun lalu tanpa mengganggu laluan pelanggan.

Ibu bapa berhabis RM30,000 ganti patung Teletubbies dipecahkan anak

Tambah kenyataan sama, memandangkan insiden itu menerima kecaman orang ramai, pihaknya akan mengambil inisiatif untuk menghubungi pelanggan terbabit bagi menjernihkan keadaan.

“Kami juga akan mengambil pengajaran daripada insiden ini bagi mengelakkan sebarang kejadian serupa daripada berulang,” ujarnya. – Agensi

BACA:

Kereta elektrik keluaran Proton dijangka berada di pasaran 2023

Harga barangan makin naik, rakyat mengadu di media sosial Dafi.. Minta pesan ke ayah

Industri sawit negara kerugian RM28 bilion, ini puncanya…