HEBOH! Perdana Menteri Cuba Dijatuhkan Adik Kandung Sendiri Kerana Korupsi Terbongkar!

Adik kandung Perdana Menteri nekad cuba jatuhkan kerajaan, rupanya ini yang abang dia buat

Kenyataan pertama ialah kerajaan membiayai kerja ubah suai banglo 26 dan 31 Ridout Road, kerana hartanah itu disewa Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Kritikan Lee Hsien Yang terhadap kepemimpinan Perdana Menteri, Lee Hsien Loong yang juga abangnya adalah satu percubaan menjatuhkan kerajaan dan Parti Tindakan Rakyat (PAP), kata Menteri Pembangunan Negara, Desmond Lee.

Desmond Lee berkata beliau sedih Hsien Yang sanggup berbohong dan menyerang abangnya yang “telah menyerahkan jiwa raga untuk berkhidmat kepada Singapura”.

Beliau berkata demikian dalam artikel berjudul ‘Satu jawapan kepada pembohongan Lee Hsien Yang: ASG Desmond Lee’ yang diterbitkan di laman sosiopolitik PAP, Petir.sg.

Artikel itu sebagai respons kepada satu pos Facebook oleh Hsien Yang pada Ahad, yang menyenaraikan beberapa kontroversi dihadapi pemerintah kebelakangan ini, termasuk “seorang menteri kabinet yang ditahan kerana rasuah”, merujuk kepada Menteri Pengangkutan, S Iswaran, yang sedang disiasat Biro Siasatan Amalan Rasuah (CPIB).

Memetik laporan Berita Harian Singapura, Hsien Yang, anak bongsu mendiang Perdana Menteri yang juga Pengasas Singapura, Lee Kuan Yew, berkata: “Amanah perlu diraih. Ia tidak boleh diwarisi begitu sahaja. Kegagalan kepemimpinan PM Lee Hsien Loong telah mensia-siakan kepercayaan itu.”

Adik PM Singapura cuba jatuhkan kerajaan PAP - MYKMU.NET

Selasa lalu Hsien Yang diminta mengeluarkan notis pembetulan membabitkan tiga kenyataan tidak benar pada catatan Facebook itu. Beliau telah mengeluarkan notis pembetulan itu.

Baca ; PADU!!! : Elon Musk Mahu Bertemu PMX Minggu Hadapan, Ini Yang Bakal Berlaku Pada Malaysia

Kenyataan pertama ialah kerajaan membiayai kerja ubah suai banglo 26 dan 31 Ridout Road kerana hartanah itu disewa Menteri Undang-Undang merangkap Ehwal Dalam Negeri, K Shanmugam, dan Menteri Ehwal Luar, Dr Vivian Balakrishnan.

Kedua, kenyataan Hsien Yang bahawa pokok di dua hartanah itu ditebang kerana ia disewa oleh dua menteri berkenaan.

Ketiga, kenyataannya bahawa SPH Media Trust meningkatkan jumlah edarannya secara palsu.

Police will keep a 'close eye' on TheSugarBook: Desmond Lee - TODAY

Desmond Lee yang juga Penolong Setiausaha Agung PAP, menulis dalam artikel itu: “Hujung minggu lalu, Lee Hsien Yang menukil siasatan rasuah terhadap Menteri S Iswaran sebagai contoh PM Lee Hsien Loong gagal dalam kepimpinannya.

“Kenapa pula? Hanya kerana PM Lee melakukan apa yang dilakukan oleh pendahulunya, termasuk Lee Kuan Yew: Menyokong siasatan CPIB tentang kemungkinan salah laku oleh pemegang jawatan politik?”

Beliau menambah: “CPIB menyiasat Teh Cheang Wan ketika Lee Kuan Yew menjadi PM – dan tiga tokoh lain yang dikaitkan dengan PAP sebelum itu. Kini seorang lagi Menteri Kabinet sedang disiasat. Itu menjelaskan pendirian pemerintah terhadap dakwaan rasuah.”

Desmond Lee mempersoal niat Hsien Yang dan berkata ia selaras dengan kelakuan bermuka dua terhadap bapanya.

“Beliau bersama isteri, Lee Suet Fern mengelirukan mendiang Lee dalam pelaksanaan Wasiat dan Wasiat Terakhirnya. Tribunal Tatatertib yang ditubuhkan untuk meneliti kelakuan profesional Suet Fern berkata bahawa penjelasan Hsien Yang “sangat tidak jujur”. Beliau tidak ragu-ragu berbohong di bawah sumpah,” katanya.

Baca Selanjutnya :