Fattah Amin Cuba ‘Disondol’ Pelakon Wanita Lain? Fazura Respon “Nak Buat Macam Mana, Suami Helok”

Fattah Amin Cuba ‘Disondol’ Pelakon Wanita Lain, Fazura Respon “Nak Buat Macam Mana, Suami Helok”

Pelakon popular Fazura mendedahkan seorang pelakon wanita pernah cuba mendekati suaminya, Fattah Amin ketika menghamilkan anak sulung mereka Nur Fatima Aisya.

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia seolah-olah menyedari aktres tersebut cuba untuk ‘menyondol’ suaminya namun memilih untuk tidak cepat melatah.

“Ada satu insiden di tayangan filem. Masa tu saya sedang hamil, kat rumah. Memang saya tak pergi sebab masa tu zaman Covid-19 kan, jadi risaulah nak keluar.
“Pelakon ni masa tu pun cuba mendekati (Fattah) dan sebagainya. Benda tu disaksikan oleh keluarga saya juga tapi saya tenang.
“Saya rasa kalau apa pun saya takkan serang suami saya ke apa sebab pada akhirnya, bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi kan,” katanya.

Fazura berkata demikian ketika ditemu bual Hlive selepas sidang media program Innovathon di sebuah hotel di Kuala Lumpur baru-baru ini.

@fazura.official Replying to @hafiz syukur alhamdulillah kita doakan semoga istiqamah 🤲✨ #tudungfazura #fazura #fattahamin #fattzura ♬ bunyi asal – ꧁Quоτеδdнiγα꧂ – quotesdhiya

Walau bagaimanapun, pelakon filem Manisnya Cinta Di Cappadoccia itu mengakui tidak cemburu malah meletakkan kepercayaan terhadap suaminya yang juga aktor dalam menjalani kehidupan rumah tangga.

“Saya seorang yang tidak cemburu sebab saya percayakan suami saya. Alhamdulillah, Fattah seorang suami yang baik. Tapi saya tak tanya dia (insiden tersebut).
“Orang produksi yang sampaikan pada saya, macam aktres tu nak cuba Fattah. Tapi dia tak layan, tak pernah ada perbincangan dengan suami pun, saya percayakan suami saya.
“Tapi tulah, nak buat macam mana? Suami kita helok,” ujarnya dalam nada berseloroh.

Pelakon popular Fazura mendedahkan seorang pelakon wanita pernah cuba mendekati suaminya, Fattah Amin ketika menghamilkan anak sulung mereka Nur Fatima Aisya.

@fazura.official puas hati tngk suami orang? 🤣🤣 #fazura #fattahamin #fattzura #tudungfazura ♬ original sound – fazura.official

Fazura atau nama penuhnya Nur Fazura Sharifuddin berkata, dia seolah-olah menyedari aktres tersebut cuba untuk ‘menyondol’ suaminya namun memilih untuk tidak cepat melatah.

Untuk rekod, Fazura dan Fattah berkahwin pada 27 November 2017 dan dikurniakan Nur Fatima Aisya yang kini berusia tiga tahun.

Baca Juga :

Anwar Pertimbang Pengeluaran KWSP Secara Bulanan