Faizal Azumu Dakwa Difitnah, Akan Ambil Tindakan- “Saya Berada Di Negeri Lain Ketika Itu”

Timbalan Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Datuk Seri Ahmad Faizal Azumu menafikan dakwaan yang mengaitkan dirinya dengan gangguan seksual.

Memetik laporan mStar, Faizal atau lebih mesra dipanggil Peja berada di negeri lain dan mempunyai bukti mengenai ketiadaannya di lokasi yang didakwa.

Susulan itu, beliau tampil membuat laporan di Balai Polis Sri Hartamas hari ini kira-kira jam 2.20 petang.

Baca : PANAS! Timbalas Presiden Parti Politik Didakwa Buat Gangguan Seksual Pada Isteri Orang -“Geram Tengok, Rasa Nak Tarik Masuk Toilet”

Saya berada di negeri lain ketika itu. Bagaimana saya boleh mengeluarkan kata-kata sebegitu kepada wanita itu sedangkan saya tidak berada di sana masa tu?

Faizal percaya ada elemen hasutan jenayah dan fitnah dalam laporan polis yang tular. Jelasnya lagi, ramai saksi boleh mengesahkan bahawa dia berada di Negeri Sembilan kerana menjalankan tugas-tugas rasmi sebagai Timbalan Presiden Bersatu pada hari dan waktu berkenaan.

Beliau kini sedang berbincang dengan peguam dan akan mengeluarkan kenyataan mengenai dakwaan fitnah ini dalam masa terdekat.

Beliau juga berharap dalam tempoh berkempen, ahli politik hanya berbicara mengenai politik dan polisi yang boleh memajukan negara bukannya serangan berbentuk peribadi yang tak beri manfaat.

Baca Selanjutnya :