Elak basi.. Cara Simpan Parut Kelapa Tahan 3 Bulan!!

Elak basi.. Cara Simpan Parut Kelapa Tahan 3 Bulan!!

Setiap kali beli kelapa parut mesti kena beli dalam kuantiti yang banyak walaupun hanya sedikit sahaja nak digunakan. Lebihan tersebut terpaksa disimpan dalam peti ais untuk kegunaan masakan lain namun lain pula jadi bila nak guna tengok-tengok dah basi dan berlendir.

Sebenarnya, ada satu rahsia ramai yang tak tahu kalau nak simpan kelapa parut tahan berbulan-bulan kena gaul dengan ‘bahan rahsia’ ini. Nak tahu apa? Jom baca perkongsian lanjut oleh pengguna Facebook dikenali Ani Zam.

*CARA SIMPAN KELAPA PARUT TAHAN 3 BULAN, INI RAHSIANYA*

Nak kongsi cara simpan kelapa parut agar tahan lama.

1. Letakkan kelapa parut di dalam loyang.

2. Taburkan dan gaul garam pada parutan kelapa hingga rata. Fungsi garam adalah agen yang bertindak sebagai anti pereputan.

3. Masukkn loyang ke dalam kukusan yang telah dipanaskan.

4. Kukus selama 15 minit. Biarkan sehingga sejuk dan masukkan ke dalam plastik.

5. Simpan di dalam peti ais bahagian sejuk beku.

6. Kukus semula bila hendak menggunakannya.

Boleh tahan sehingga 2 atau 3 bulan kelapa parut tersebut. Untuk mendapatkan santan yang pekat, kisar kelapa parut dengan sedikit air kemudian tapis. Boleh kisar sehingga 3 kali kelapa tersebut untuk mendapatkan santan yang pekat.

Selamat mencuba dan moga bermanfaat.

BACA JUGA :

Hyatt Centric Kota Kinabalu: Rekaan Arkitek Terkenal dari Jepun, Inspirasi Hidup Alam Semulajadi

Adab Menuntut Ilmu berdasarkan Hadis

Cara Mudah Buat Buku Skrap Menarik dan Kreatif Untuk Murid