Betul Ke ‘Anakonda’? Perhilitan Beri Respon Mengenai Ular Besar Yang Tular, Penyebar Video Mohon Maaf

Baru-baru ini orang terkejut melihat satu rakaman video seekor ular bersaiz gergasi sedang melingkar memanjat kaki bukit sehingga orang ramai mengesyaki ular tersebut jenis Anakonda.

Memetik laporan Kosmo, Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Selangor mengesahkan ular sawa yang muncul di kawasan perumahan di Elmina Green di sini kelmarin, bukan anakonda.

Pengarah Perhilitan Selangor, Dennis Tan Choon Yung berkata, ular sawa tersebut adalah jenis ular sawa yang dianggarkan sepanjang dua meter.

Katanya, reptilia tersebut kelihatan besar selepas video ular itu diambil dengan teknik secara dekat. Menurut pekerja binaan yang merakam video tersebut, Izaha tidak menyangka video perkongsiannya itu menimbulkan pelbagai reaksi orang ramai.

“Saya zoom sedikit sahaja, tak sangka pula boleh tular hingga mengundang kekecohan. Di sini saya nak buat permohonan maaf. Saya bukanlah Youtuber atau apa-apa, saya guna media sosial pun jarang sekali.

“Jadi kalau boleh, saya nak minta maaf terutama kepada penduduk di Elmina. Disebabkan video dan gambar itu, habis berlaku kekecohan. Saya minta maaf.” jelas Izaha.

Berkongsi cerita ketika kejadian itu, dia berkata dia sedang melakukan kerja-kerja pemasangan paip sebelum rakan sekerjanya yang bekerja sebagai pekerja landskap terlihat kelibat ular menjalar ke atas landskap di sebuah bulatan.

Baca : Malaysia Bakal Rugi Besar Jika Terusan Segenting Kra Di Thailand Direalisasikan. Ini Sebabnya Yang Bakal Berlaku!

Tanpa melengahkan masa dia terus merakam kehadiran haiwan berbisa itu dan mengambil beberapa keping gambar bagi tujuan laporan keselamatan.

“Sebenarnya semasa saya sedang melakukan pekerjaan di sebuah kawasan di Elmina ini, kawan saya beritahu terlihat ular di kawasan bulatan itu. Jadi bila ular tu naik ke atas, saya pun zoom sedikit sahaja, untuk menampakkannya dengan lebih jelas.”

“Saya rakam bagi tujuan keselamatan. Jadi sebenarnya ia tidak besar sangat seperti video yang ditularkan itu”, jelasnya kepada Buletin TV3.

Baca Selanjutnya :

LARIS! : Filem ‘Soft Porn’ Malaysia, ‘PULAU’ Berjaya Di Kemboja, Peroleh Kutipan Tertinggi Bagi Filem Negara Ini

Tak Berhias Dan Hanya Berpurdah, Inara Rusli Mengaku Mungkin Itu Punca Bekas Suami Cari Perempuan Lain

PANAS! : Lepas Kena Kutuk Kaw-Kaw Dengan Netizen Malaysia Isu MH370, Jocelyn China Kini Kembali Dengan Kaitkan Isu The 1975