ANEH – Kerajaan Israel Ditentang Tentera Sendiri Sehingga Buat Demonstrasi. Ini Sebabnya Mereka Merusuh

Beratus-ratus tentera simpanan Israel berarak ke Tel Aviv mengancam untuk berhenti dari perkhidmatan sukarela jika kerajaan meneruskan rancangan kontroversinya untuk mengekang kuasa Mahkamah Agung.

Rancangan Perdana Menteri Benjamin Netanyahu untuk mengurangkan kuasa mahkamah telah mencetuskan protes besar-besaran di seluruh Israel dan menimbulkan kebimbangan mendalam dalam kalangan negara sekutu, termasuk Amerika Syarikat.

Kerajaan dan penyokong berkata rombakan sistem kehakiman yang dicadangkan Perdana Menteri Israel perlu untuk mengekang hakim aktif menceburi bidang politik.

Bantahan oleh pasukan simpanan daripada beberapa formasi paling elit tentera, termasuk juruterbang pejuang dan unit pasukan khas, telah menarik perhatian dan menimbulkan kebimbangan daripada bahawa protes itu berisiko menjejaskan keselamatan negara.

Baca : SEBAK! : Ingat Aku Yang Mati Dulu, Tapi Salahudin Rupanya-Coretan Sahabat Buat Air Mata Mengalir

Menerusi laporan CNBC, difahamkan 300 surat bantahan daripada doktor tentera telah ditandatangan, manakala 750 anggota simpanan dalam operasi khas mengatakan mereka tidak akan melaporkan diri untuk bertugas jika undang-undang itu diluluskan.

Dibahagian rakyat pula, ratusan rakyat Israel turun menentang usaha untuk menyemak kuasa kehakiman oleh pihak kerajaan. Mereka berjalan dari lebuh raya utama ke Baitulmaqdis dengan harapan dapat mengumpulkan sokongan menjelang undian reformasi.

Penunjuk perasaan membawa bendera Israel dan melaungkan “Demokrasi!”, lalu meninggalkan Tel Aviv untuk berjalan kaki sejauh 66km dan berkhemah di sekitar jalan.

Mereka bercadang untuk sampai ke Baitulmaqdis dan berhimpun di luar parlimen ketika parlimen

Baca Selanjutnya :

ADOII: Baru Lepas Kahwin, Boleh Pulak Suami Main Game Sampai Isteri Masuk Bilik Sorang-Sorang. Ini Rupanya Yang Bini Dia Buat

BIAR BETUL!-Pondan Jatuh Cinta Dengan Pengkid, Dua-Dua Bertaubat Dan Kembali Kepada Fitrah

Kaunter Air Kelantan Kosong Walaupun Dah Jam 9.13 Pagi, Warga FB Luahkan Rasa Kecewa Bila Nak Berurusan