Amyra Rosli ditimpa ujian berganda bulan ramadan, selepas dia, anaknya pula kena..

Amyra Rosli ditimpa ujian berganda bulan ramadan, selepas dia, anaknya pula kena..Keadaan kesihatan anak pasangan selebriti Amyra Rosli dan Amar Baharin iaitu Ayra Aryssa, 2, semakin merosot selepas disahkan dijangkiti virus Kawasaki.

Amyra yang sedang menjalani penggambaran drama terpaksa bergegas ke hospital selepas dimaklumkan tahap oksigen dalam badan anaknya tiba-tiba menurun.

“Berderau darah Mommy dapat call oksigen adik drop. Tunggu mummy sampai sayang” tulisnya di Instagram pada Ahad.

Pada Rabu lalu, mStar melaporkan Ayra yang merupakan anak kedua pasangan itu dikejarkan ke hospital selepas mengalami demam panas.

anak amyraAyra disahkan dijangkiti penyakit Kawasaki.

Amyra Rosli ditimpa ujian berganda bulan ramadan, selepas dia, anaknya pula kena..

Kanak-kanak itu kemudian disahkan dijangkiti virus Kawasaki iaitu keradangan saluran darah terutamanya membabitkan kanak-kanak bawah lima tahun.

Terdahulu, Amyra turut berkongsi video memperlihatkan keadaan wajah anaknya yang membengkak akibat kesan ubat steroid.

“Muka jadi besar kesan steriod, lama adik demam dik.

“Mommy risau ni makin banyak ubat masuk dalam badan adik. Hari-hari kena ujian darah” ujarnya.

Untuk rekod, Amyra berkahwin dengan Amar Baharin pada November 2016 dan dikurniakan dua cahaya mata iaitu Aqeef Anaqi, 4 dan Ayra Aryssa yang kini berusia dua tahun.

BACA:

Guru rogol 13 anak muridnya sehingga lahirkan anak

“Tak sempat bagi cucu, mak dah beri adik baru pula”

Bomba ‘legend’ ini kongsi tangkap ular senduk paling besar, nasib tak patuk