ADOI!! : Makan Donat Masuk Hospital- Terjebak Makanan Viral, Lepas 15 Minit Terus Masuk Wad Kecemasan

Entah bagaimana, entah siapa yang mulakan, tiba-tiba sahaja buah peach donut menjadi viral sehingga menjadi buruan orang ramai.

Meskipun harganya sedikit ‘kayangan’, ramai yang sanggup membeli semata-mata mahu merasai keenakan buah ini.

Secara umumnya, di luar negara buah ini digelar sebagai flat peach dan ia bukanlah sejenis produk baru.

Pembekal jual dengan harga mahal sementara ada demand

Permintaan yang tinggi membuatkan geng pembekal menjual buah ini dengan harga sekitar RM30-RM40 untuk 4 biji.

Namun bagi seorang wanita bernama Sheryna, siapa sangka niat mencuba buah viral ini malah bertukar mimpi hitam dalam hidupnya.

Baca : JODOH! Pengetua Tahfiz Bertunang Anak Murid Sendiri Lepas Terpikat Dengan Kecantikannya

Dalam 15 minit, sebu, muntah & naik biji gatal

Dalam tempoh 15 minit selepas makan, Sheryna mengalami simptom gatal keseluruhan badan selain muntah-muntah.

Keadaan yang semakin teruk memaksa dirinya dikejarkan ke pusat perubatan bagi mendapatkan rawatan kecemasan.

Hanya selepas mengambil injection, barulah alahan yang dihadapi berkurangan ke paras selamat.

@sherynaaa02 Tak semua orang boleh makan , orang itu adalah aku sekali makan , dalam 15 minit , sebu muntah2 , naik biji2 gatal2 terus kena gi emergency , kena inject baru jadi manusia balik kalau tak inject macam beruk weh dok garu2 ini pengalaman aku makan buah viral , berbaki lagi 3 biji aku nak suruh laki aku ja la makan sekian luahan dari aku , byeee #donutpeachviral #elergikalahan #emergencycases ♬ suara asli – en kan adoy

Orang luar negara memang berjaga-jaga kalau anak ada alahan peach

Rupanya, ada netizen yang memberitahu kewujudan bulu-bulu halus pada kulit buah ini cenderung menyebabkan alahan bagi sesetengah orang.

Sejak dikongsikan semalam, pendedahan Sheryna meraih lebih 71 ribu jumlah tontonan.

Baca Selanjutnya :

PANAS! Suami Baru Lafaz Taklid, Sekali Terbongkar Kesemua Kisah Curang Isteri Main Kayu Tiga

Jangan Terkena Lagi! Jejaka Ini Konsikan Cara Nak Beza Kedai Mamak Ori Muslim atau Hindu!

SEDIH! Suami Beri Izin Isteri Temani Jiran Tidur Dengan Upah RM15 Sehari, Sebak Bila Dapat Tahu Sebabnya