5 bahan yang boleh digunakan untuk bantu perkembangan otak si kecil

5 bahan yang boleh digunakan untuk bantu perkembangan otak si kecil.

Apakah itu kemahiran kognitif? Kemahiran kognitif merujuk kepada kemahiran berfikir, menumpukan perhatian, membaca, memberi alasan, mengingat dan belajar.

Perlu diingatkan bahawa dalam masa enam tahun pertama, kanak-kanak mempunyai minda yang hebat untuk menyerap segala maklumat dengan baik.

Jadi, dalam tempoh itulah ibu ayah boleh bantu untuk tingkatkan lagi perkembangan kemahiran kognitif mereka sambil bantu merangsang perkembangan kedua-dua otak. Bagaimana caranya? Di bawah kami kongsikan bahan yang dapat bantu tingkatkan kemahiran kognitif anak-anak.

*5 BAHAN INI DAPAT BANTU TINGKATKAN KEMAHIRAN KOGNITIF ANAK*

Menerusi bahan-bahan di bawah, kemahiran kognitif dapat ditingkatkan dan sangat berguna.

*1. BLOK LEGO*

– Dapat membantu anak belajar menyusun mengikut warna.

– Belajar membilang asas 1:1.

– Belajar gabungan perkataan KVK.

*2. PUZZLE*

– Boleh belajar kemahiran berfikir logik dengan mengecam objek dan warna.

– Belajar bentuk dan ruang dengan meneliti kepingan dan bentuk-bentuk puzzle.

– Puzzle boleh dijadikan alat bantuan pendidikan untuk mengenal nombor, warna, huruf dan lain-lain.

*3. KAD IMBASAN*

– Dua bentuk rangsangan dilakukan iaitu ransangan penglihatan berdasarkan gambar yang ditunjukkan dan ransangan pendengaran melalui sebutan yang diperdengarkan.

– Boleh digunakan untuk aktiviti memory game sambil bantu ingatan anak-anak.

*4. BUSY BAG*

– Tingkatkan kosa kata dan boleh belajar perkataan baharu.

– Tingkatkan kemahiran berfikir dan menyelesaikan masalah.

– Belajar warna, huruf nombor dan lain-lain.

*5. BUKU BRAINSTORMING*

– Belajar bentuk geometri asas, pola, arah susunan.

– Faham konsep tambah, tolak dengan bantuan ilustrasi yang sangat menarik.

– Meneroka, memperoleh pengalaman dan mengekspresi melalui lukisan yang dihasilkan.

Jadi, jangan lupa beli dan beri anak main untuk tingkatkan kemahiran mereka. Semoga bermanfaat.

BACA JUGA:

Pernah dengar laba garlic tak? Tengah viralkan? Jom buat, mudah je resipinya!

5 langkah mudah ‘repair’ bahagian kolar baju yang dah meregang

Tak larat nak layan anak-anak, terpaksa ‘hulur’ gajet? Hati-hati, boleh jejaskan mental anak