Selama ni orang tak pandang, rupanya bunga kertas banyak khasiat tersembunyi

Mari mencuba resipi Teh Bunga Kertas yang menyegarkan ini.

Bunga kertas, juga dikenali sebagai Bougainvillea spp secara saintifik, merupakan sejenis tumbuhan berbunga yang sering ditanam sebagai tanaman hias di sekitar rumah.

Keunikan bunga ini terletak pada kelopaknya yang datang dalam pelbagai warna, daya tahannya yang tinggi, dan kebolehannya yang mudah dirawat, menjadikannya pilihan popular untuk landskap hiasan di kediaman.

Selama ni orang tak pandang, rupanya bunga kertas banyak khasiat tersembunyi

Selain keindahan estetiknya, ramai mungkin tidak menyedari bahawa pokok bunga kertas ini mempunyai khasiat perubatan yang tertentu.

Resipi Teh Bunga Kertas ini boleh diambil kira sebagai alternatif yang menyegarkan.

Bunga kertas telah lama digunakan dalam amalan perubatan tradisional di Mexico untuk kesihatan pernafasan dan dianggap sesuai untuk meredakan masalah batuk dan demam.

Selain itu, pakar juga menyatakan bahawa tumbuhan ini memiliki sifat anti-penuaan berkat kandungan antioksidannya yang tinggi.

Jika anda memiliki pokok bunga kertas di halaman rumah, resipi teh ini adalah cara yang baik untuk menikmati manfaatnya sebagai minuman harian di rumah. Memang segar dan berkhasiat!

Resipi Teh Bunga Kertas

Bahan-bahan:
– 7 kuntum bunga kertas
– 400 ml air
– 1/2 buah limau nipis
– Madu atau gula secukupnya (ikut selera)

Langkah-langkah:

1. Pastikan bunga kertas yang akan digunakan bersih dan dicuci dengan lembut.

2. Panaskan 400 ml air sehingga mendidih.

3. Setelah air mendidih, masukkan 7 kuntum bunga kertas ke dalam air panas. Pastikan bunga kertas sepenuhnya terendam.

4. Biarkan bunga kertas merendam dalam air panas selama sekitar 5-10 minit.

5. Sambil menunggu, peras jus dari buah limau nipis ke dalam teko teh.

6. Setelah bunga kertas terendam, toskan air bunga kertas dalam teko yang sudah berisi jus limau nipis.

7. Tambahkan madu atau gula secukupnya ke dalam teh sesuai selera masing-masing. Gaul rata hingga gula atau madu larut.

8. Sajikan teh bunga kertas dalam cawan atau gelas. Jika suka, tambahkan ais batu untuk minuman yang lebih sejuk.

Selamat menikmati kesegaran teh bunga kertas ini!

Baca Juga : Makhluk misteri ni rupanya di Port Dickson, apa yang jadi