Keluarga pengantin buat hal guna alat make-up MUA solek muka masing-masing

TINDAKAN sekumpulan wanita yang merupakan keluarga kepada pengantin mengambil dan menggunakan alat solat milik jurusolek (MUA) tanpa izin menjadi tular di media sosial.

Perkara itu diluahkan oleh seorang MUA yang geram dengan sikap keluarga pengantin perempuan yang menggunakan alat solekan miliknya tanpa kebenaran.

Tindakan sekumpulan ibu menggunakan alat solek itu bukan sahaja untuk diri mereka, malah menyolek anak-anak masing-masing.

Keluarga pengantin buat hal guna alat make-up MUA solek muka masing-masing

Kejadian dipercayai berlaku di Indonesia.

Menurut MUA berkenaan, dia hanya meninggalkan alat soleknya untuk seketika.

Namun tiba-tiba peralatan itu digunakan oleh ibu-ibu yang merupakan keluarga kepada pasangan pengantin.

“Biarkan alat solek anda seketika dan tiba-tiba ibu-ibu anda sudah menggunakannya untuk mekap orang lain,” tulisnya dalam video suasana di rumah pengantin perempuan.

Baca juga: Pasangan berzina akui terima kifarah selepas kahwin, “kami serba serbi tak cukup..”