Pasangan berzina akui terima kifarah selepas kahwin, “kami serba serbi tak cukup..”

PERKAHWINAN merupakan satu ibadah dan sebagai umat Islam kita kena percaya tentang rezeki Allah selepas berumah tangga.

Bagaimanapun situasi berbeza dilalui pasangan suami isteri ini berikutan pelbagai masalah dialami sejak mereka berkahwin.

Berkongsi cerita di laman X, wanita yang mahu identitinya dirahsiakan itu berkata, sejurus melangsungkan perkahwinan dan tinggal berdua dengan suaminya, kehidupan dia sekeluarga dipenuhi liku.

Pasangan berzina akui terima kifarah selepas kahwin, "kami serba serbi tak cukup.."

Malah dia ditimpa dengan pelbagai masalah sehingga disifatkan sebagai ‘sudah jatuh ditimpa tangga’.

“Selepas kahwin banyak masalah datang… sampai satu tahap aku persoalkan pada Tuhan sama ada salahkah keputusan aku berkahwin.

“Bukan je jatuh terduduk, aku menangis meraung berjam pun pernah. Terlampau banyak masalah daripada segala sudut sampai aku dah tak percaya yang orang cakap kononnya ada rezeki lepas kahwin,” luahnya sayu.

Mengakui tertekan dengan apa yang berlaku, wanita ini beranggapan situasi yang menimpanya itu adalah kifarah atas dosa yang dilakukannya bersama pasangan sebelum mereka mendirikan rumah tangga.

Akuinya, dia sering melakukan perkara maksiat bersama pasangan.

“Sebelum nikah, aku aktif dengan aktiviti seks. Waktu tu banyak perkara haram yang dibuat bersama teman lelaki yang kini bergelar suami.

Banyakkan bertaubat… tapi apa pun tahniah kerana anda telah berubah menjadi lebih baik.

“Masa tu tak terfikir pasal kifarah sebab perkara dosa memang seronok buat,” ujarnya yang mula menginsafi diri dan meninggalkan perkara sia-sia.

Kembali mendekatkan diri dengan ajaran Islam, dia mengakui kehidupannya bersama suami semakin baik.

Malah katanya selepas setahun, keadaannya kembali tenang dan dilimpahkan dengan rezeki.

“Alhamdulillah, after years kami dah mula tenang balik. Mula istiqamah dan dekatkan diri dengan Tuhan.

“Kalau diberi pilihan sama ada kembali ke masa diuji, memang aku tak sanggup,” tambahnya.

Luahannya itu mendapat perhatian warga maya sehingga ramai tampil memberikan pandangan masing-masing.

Rata-ratanya mengakui perbuatan maksiat seperti zina sememangnya mengakibatkan rezeki seseorang itu sempit.

“Berzina ni confirm sempit rezeki. Tak sekarang, kemudian hari… yang makin kaya walaupun berzina, itu adalah istidraj.

“Anon dan husband banyakkan bertaubat tapi apa pun tahniah kerana anda telah berubah menjadi lebih baik. Kepada muslim kaki zina dekat laman X, mohon bertaubat juga… Allah itu Maha Pemaaf.

”Alhamdulillah semoga Allah permudahkan urusan anon, diberikan rezeki yang luas dan berkat serta diberikan kesihatan yang baik,” ujar beberapa warga maya.

Baca juga: Kabel bawah laut, ini yang wajib anda tahu