Zahid akui PN gagal bentuk kerajaan baru di Sabah

Usaha penubuhan kerajaan baru di Sabah telah digagalkan selepas ketua menterinya Shafie Apdal memohon agar Dewan Undangan Negeri (DUN) dibubarkan, kata Presiden Umno Ahmad Zahid Hamidi.

Justeru, katanya, BN akan mengadakan perbincangan bagi menghadapi pilihan raya negeri (PRN) nanti.

“Kemelut politik di Sabah harus diselesaikan. Biarpun usaha untuk membentuk kerajaan baru itu telah dinafikan dengan nasihat daripada ketua menteri kepada Yang di-Pertua Negeri (Juhar Mahiruddin).

“Hakikatnya pembubaran ini telah menyerahkan kembali kuasa kepada rakyat untuk menentukan dalam bentuk mandat baru yang diberikan,” katanya ketika sidang media di Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur hari ini.

Berita penuh : https://www.malaysiakini.com/news/536764