Yang perang Russia-Ukraine, sekali yang kena Kapal Kargo Bangladesh

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Yang perang Russia-Ukraine, sekali yang kena Kapal Kargo Bangladesh russia map russia population time in russia finland vs russia russia vs belgium time in russia now russia news russia ukraine from russia with love russia today [/bg_collapse]

 

Sebuah kapal kargo milik Bangladesh di pelabuhan Olvia di Laut Hitam di Ukraine terkena serangan peluru berpandu atau bom, yang meragut nyawa seorang krew.

Pengarah Eksekutif Bangladesh Shipping Corp, Pijush Dutta, berkata pihaknya tidak pasti serangan berkenaan dilakukan oleh pihak mana.

“Kapal itu diserang dan seorang jurutera terbunuh. Saya tidak pasti sama ada ia peluru berpandu atau bom, atau pihak mana yang melancarkan serangan.

Yang perang Russia-Ukraine, sekali yang kena Kapal Kargo Bangladesh russia map russia population time in russia finland vs russia russia vs belgium time in russia now russia news russia ukraine from russia with love russia today

Sebuah kapal kargo milik Bangladesh di pelabuhan Olvia di Laut Hitam di Ukraine terkena serangan peluru berpandu atau bom, yang meragut nyawa seorang krew. – Foto TWITTER

“Baki 28 krew kapal lain tidak mengalami kecederaan,” katanya, tanpa memberi perincian lanjut.

Pegawai Kementerian Luar Bangladesh memaklumkan, kapal Banglar Samriddhi yang belayar di bawah bendera Bangladesh, terperangkap di pelabuhan Olvia sejak pencerobohan Russia di Ukraine bermula 24 Februari lalu.

Jelasnya, kapal itu diserang peluru berpandu pada petang semalam.

Di Dhaka, Kedutaan Russia dalam satu kenyataan menerusi Facebook berkata, situasi yang membawa kepada insiden itu sedang diteliti.

Yang perang Russia-Ukraine, sekali yang kena Kapal Kargo Bangladesh russia map russia population time in russia finland vs russia russia vs belgium time in russia now russia news russia ukraine from russia with love russia today

“Kami menzahirkan ucapan takziah kepada keluarga dan rakan mangsa yang meninggal dunia. Pihak Russia sedang berusaha memastikan laluan keluar yang selamat bagi kapal Bangladesh dari pelabuhan itu,” katanya.

Beberapa video di media sosial menunjukkan krew kapal itu sedang meminta bantuan selepas kapal itu diserang.

Dalam video itu, jurutera kedua kapal itu berkata, mereka kini tidak memiliki bekalan tenaga elektrik.

“Kapal kini sedang menggunakan generator bekalan tenaga kecemasan. Kami di ambang maut. Kami belum diselamatkan. Tolong selamatkan kami,” katanya.

Kebanyakan syarikat perkapalan menggantung perjalanan ke pelabuhan di Laut Hitam dan terminal lain di Ukraine, dengan premium insurans pelayaran melonjak tinggi sejak beberapa hari lalu.

Sekurang-kurangnya tiga kapal komersial dilaporkan terkena serangan sejak 24 Februari lalu. – REUTERS

Tonton:

Baca:

Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul

Jom tebus e-wallet 2022 sebanyak RM150, ini caranya

Pampers habis, tindakan ibu ini hanya guna plastik dan tape undang kemarahan netizen