“Yang kau beli jenama mahal kenapa?”, wanita kena kecam selepas mengeluh dakwa barang sekolah anak mahal

Sekarang ni, pasti ramai ibu bapa yang sibuk dengan persediaan sekolah anak-anak dan mereka perlu berbelanja lebih untuk membeli baju sekolah, alat tulis dan lain-lain.

Tular di X satu hantaran memaparkan gambar resit pembelian alat tulis untuk lima orang anak. Si ibu juga pemilik resit itu mengadu dia perlu berbelanja lebih kerana harga barang semakin mahal.

Jumlah mencecah RM600 untuk lima orang anak?

"Yang kau beli jenama mahal kenapa?", wanita kena kecam selepas mengeluh dakwa barang sekolah anak mahal

Melihat kepada resit tersebut, si ibu telah membeli alat tulis untuk lima orang anaknya dan ianya berjumlah RM597.30. Oleh itu, dia meluahkan rasa sedih kerana jumlah pembelian alat tulis sahaja hampir mencecah RM600 manakala baju sekolah anak pun sudah melebihi RM500.

Harga alat tulis untuk 5 orang anak menangis gaiss.. hampir-hampir RM600 sikit pengsan aku. Tadi baju sekolah sudah RM500 lebih belum masuk kasut sama beg sekolah lagi. Keluhan belanja anak nak sekolah.

Dalam gambar yang sama, ada tertulis ayat keluhan lain dan berharap para ibu dan bapa bersabar jika mempunyai ramai anak yang bersekolah.

Tidak lama lagi budak nak sekolah kan. Bagi mereka punya anak yang ramai, sabarlah ya.

Kenapa beli jenama mahal?

Pun begitu, gambar resit pembelian tersebut telah mendapat pelbagai reaksi netizen dan mereka tertanya-tanya mengapa si ibu membeli alat tulis jenama mahal untuk lima orang anak sedangkan banyak lagi jenama lain yang dijual dengan harga berpatutan.

Dah tahu anak ramai pergi beli jenama.. pasaipa? Pastu mengeluh kata harga barang naik. Sebenarnya, dari plan nak ada anak pun dah kena tahu akan guna banyak duit waktu anak-anak mula sekolah. Jadi, pandai-pandai plan ye..

Di ruangan balas, ramai mengkritik si ibu tidak berbelanja mengikut kemampuan sendiri sedangkan banyak lagi pilihan jenama lain atau beli sahaja atas talian

Berbelanjalah mengikut kemampuan kita…

Baca juga: Betul ke hanya gimik tangkap Aliff dan Ruhainies khalwat? Akhirnya menteri agama buka cerita sebenar