DEMI mendapatkan keberkatan berniaga dan rezeki halal, penjual hendaklah jujur dan tidak melakukan penipuan.
Namun, sebagai pelanggan kita juga mestilah mengambil langkah berjaga-jaga dan peka supaya tidak menjadi mangsa taktik penipuan peniaga.
Seperti yang dikongsikan Aikayjay dalam hantaran di Facebook, dia mendedahkan sikap peniaga yang tidak jujur dalam urusan jual beli barang basah berdasarkan pengalamannya.
“Tak kira di mana-mana pasar borong, anda kena tengok dan pantau. Kenapa? Sebab saya sudah ‘terkena’ dulu. Sebab itu saya jadi ‘cerdik’ sikit.
Setiap pelanggan sentiasa bimbang menjadi mangsa kepada peniaga tak jujur.
“Kena perhatikan jika beli ikan empat hingga lima kilogram (kg). Apabila ikan-ikan tu minta dipotong, mereka tak bagi saya tengok. Apa fasal?
“Jika seorang pelanggan, mereka dapat ‘tolak’ tepi tiga hingga empat ketul. Kalau ikan merah, sepotong pun sudah RM8 hingga RM12,” ujarnya.
Dalam hantaran sama, individu berkenaan turut memberikan satu tip yang boleh digunakan oleh pelanggan bagi mengelak daripada menjadi manngsa tipu.
“Timbang semula selepas (ikan) dipotong. Anda kena pandai agak la berapa beratnya selepas dibuang isi perut ikan.
“Beli buah pun kena hati-hati. Semasa mereka nak ikat bungkus dengan plastik, masa tu sebiji hingga dua biji boleh dikeluarkan,” katanya lagi.
Menurut Aikayjay, dia terdetik untuk berkongsi pengalamannya ini selepas berasa sangsi dengan tindakan peniaga ketika membeli ikan tenggiri di sebuah pasar borong yang tidak dinyatakan lokasi.
Jelasnya, penjual ikan tersebut memotong ikan di ruang tersembunyi dan tidak boleh dilihan pelanggan.
“Saya tak kata di tempat ini ada berlaku. Tapi… bila tak bagi saya tengok dia potong ikan tu, memang pelik! Itu yang saya jadi nak tahu.
“Kalau ada telur ikan tenggiri tu? Mungkin dia letak tepi. Mahal tau telur tenggiri. Untuk makluman, 1kg telur ikan tenggiri RM48 hingga RM60 dan ikan mayong RM45 hingga RM50,” ujarnya lagi.
Hantaran tersebut meraih pelbagai komen netizen selepas dikongsikan semula oleh halaman Info Semasa.
Rata-rata netizen turut memberikan cadangan di ruangan komen yang boleh dimanfaatkan kepada pelanggan lain ketika membeli bahan mentah.
Komen netizen pada hantaran tular.
“Kalau saya, dia buat macam tu bila kantoi saya terus tampar. Biar dia taubat cepat sikit.
“Ayam pun sama. Kalau beli dekat pasar raya dalam kuantiti yang banyak saya akan tunggu depan orang potong tu. Tak mustahil ada bahagian ayam tak cukup bila bawa balik. Selalu terkena.
“Sebab tu kalau potong, jangan bagi putus terus. Tu caranya kita dapat tahu cukup ke tak bahagian ikan tersebut. Orang Cina yang ajar sebab saya pernah suruh potong putus dia tak nak. Dia takut orang kata tipu ambil bahagian ikan,” komen netizen.\
Baca : Ini cara nak latih anak minum air kosong, confirm dah tak minta air manis