Wanita mengaku hantar sihir kepada rakan baik, dengki tengok bahagia

Kisah sebegini memang tidak asing lagi dalam kalangan masyarakat di Malaysia. Pasti ada yang tidak senang dengan kebahagiaan orang lain. Kerana cemburu dan hasad dengki, ada yang menggunakan cara halus demi untuk melihat orang itu menderita.

Mungkin ramai tidak tahu, tetapi sihir ada banyak kategori. Admin kongsikan untuk anda semua, ini jenis-jenis sihir:

Sihir pemisah (untuk suami isteri)
Sihir penunduk
Sihir membatal perkahwinan
Sihir pengikat
Sihir mandul
Sihir pukau
Sihir gila
Sihir sakit
Sihir darah
Sihir santau
Sihir penutup (untuk perniagaan)
Yes, banyak kan?!

Apa anda rasa bila dapat tahu anda terkena sihir yang dihantar oleh kawan anda sendiri?

Wanita mengaku hantar sihir kepada rakan baik, dengki tengok bahagia

Seperti kisah yang admin nak kongsikan ini, wanita ini sendiri mengaku menghantar sihir kepada kawannya. Pada asalnya, beliau buat perbuatan terkutuk itu secara senyap. Tetapi selepas sekian lama dia sendiri pelik kenapa kawan dia tak terkesan dengan sihir tersebut.

Apa yang dilihat kawannya tetap bahagia seperti biasa. Walhal dia tidak tahu bahawa kawannya itu hanya kongsi kebahagiaan dan segala sakitnya di simpan. Dek kerana itu, beliau akhirnya mengaku sendiri perbuatannya itu.

Baca perbualan mereka ini:

“Ampunkan Nina, Nina terlalu dengkikan akak…”

“Nina dah buat macam macam nak jatuhkan akak”

Beliau juga mengaku perbuatan terkutuk itu telah memakan dirinya sendiri:

“Bila Nina suruh orang kampung hantar barang dekat akak, Nina pulak yang sakit dan selalu rasa gelisah…”

Tapi yang peliknya, walaupun dah minta maaf beliau tetap akhiri conversation dengan mengingatkan kawannya untuk tidak share kebahagiaan kerana beliau tidak sukakannya..

“Sudah-sudahlah pos bahagia akak.. Nina tak suka!!”

Pelbagai komen diterima dari netizen di ruangan komen. Antaranya:

“Kalau sakit mata, tak payah tengok..”

“Mungkin dia ada masalah jiwa..”

Namun ada juga netizen yang menasihati orang ramai untuk tidak terlalu mendedahkan hal rumah tangga di media sosial.

Semoga beliau bertaubat dan betul betul minta maaf kepada kawannya, semoga kawan dia sembuh daripada sihir yang dihantar itu…

Ambillah kisah ini sebagai satu iktibar untuk peringatan bersama. Moral of the story:

Janganlah terlalu percayakan seseorang dan kurangkan share kebahagiaan di media sosial. Anda tidak tahu mungkin anda menimbulkan perasaan dengki kepada orang lain sehingga mereka terfikir untuk buat perkara terkutuk sebegini.

Dan sebagai perlindungan diri, amalkanlah ayat-ayat suci Al Quran

Baca juga: Pelakon klip video raya Aliff Syukri kena kecam kaw-kaw