Seorang gadis mengalami trauma apabila mendakwa telah dicium oleh seorang rakan sekerjanya sebanyak dua kali pada bahagian kepala ketika di tempat kerja.
Menerusi satu ciapan di laman Twitter semalam, gadis tersebut mendakwa dia sudah membuat laporan polis namun diikat jamin oleh isteri suspek.
“Salam semua. Saya minta viralkan perkara yang saya sembunyikan. Saya dicium di kepala oleh salah sorang staf lelaki di tempat kerja saya.
“Saya dah buat laporan polis, ada bukti semua tapi dia dijamin oleh isterinya. Saya cuma nak viral sampai isteri dia tau,” tulis gadis terbabit.
Menurut gadis itu, dia hanya mahu menyerahkan kes gangguan seksual tersebut kepada pihak polis namun mendakwa suspek menganggap kejadian itu tidak serius.
“Bukan aku sentuh kemaluan dia..” – Suspek
Berdasarkan perkongsian paparan skrin perbualan WhatsApp, seorang lagi rakannya mendakwa suspek bertindak demikian kerana mahu memberikan kasih sayang kepada mangsa.
“Bagi kasih sayang kat bini sudah la..” – Mangsa
“Dia cakap dengan abang Man, kenapa nak lapor polis. Bukannya gua kacau kemaluan dia (mangsa).
“Gua buat macam tu nak bagi kasih sayang je. Kalau gua pegang kemaluan dia, baru lapor balik. Dah minta maaf cukup lah,” dakwa rakannya.
Salah ke saya dedahkan kes ni?
Selain itu, gadis tersebut turut mendakwa suspek mahu menghulurkan duit RM50 kerana berasa serba salah selepas berlaku kejadian terbabit.
Menangis, mujur keluarga teman lelaki beri nasihat…
Ciapan berkenaan diulang kicau hampir 6,000 kali dan pelbagai reaksi netizen yang rata-rata mengecam tindakan suspek selain menyifatkan kejadian itu adalah menjijikkan.
Malah, rata-rata memberikan sokongan kepada mangsa supaya berani tampil ke hadapan berserta bukti yang kukuh sekali gus suspek mendapat hukuman sekiranya terbukti bersalah.
Berita Penuh : https://ohmymedia.cc/gadis-dakwa-dicium-rakan-sekerja-dah-report-tapi-dijamin-isteri-dia/