(Video) Rakaman CCTV bongkar perbuatan sebenar si penjaga kucing

Bagi pencinta kucing, haiwan kesayangan itu sudah dianggap seperti anak sendiri. Walaupun hanya haiwan peliharaan, kucing ditatang dengan penuh kasih sayang.

Sudah tentu, setiap perbuatan yang menyakiti mereka menimbulkan rasa marah pemilik. Seperti perkongsian seorang pengguna TikTok ini, ketika pulang ke kampung dia telah mengupah seseorang untuk menjaga kucing-kucingnya.

Namun siapa sangka, rakaman CCTV menunjukkan kucing-kucingnya dilayan dengan kasar. Berdasarkan video yang dimuat naik, individu yang diupahnya itu dilihat membaling anak-anak kucing masuk ke dalam sangkar.

Menurutnya lagi, individu tersebut sudah lama tinggal di kawasan perumahan itu dan ramai yang mengupahnya untuk mengemas rumah termasuklah menjaga kucing.

Rata-rata memberikan respon yang baik terhadap servis yang diberikan namun di belakang sebaliknya yang berlaku.

 

Orang ramai turut mencadangkan wanita ini agar membuat laporan kepada pihak berkuasa memandangkan bukti video sudah ada.

Mereka mahu hukuman setimpal diberikan untuk memberi pengajaran kepada mereka yang suka menganiayai binatang.

Baca Juga : Kegilaan rakyat Malaysia dengan pokok Keladi Emas 916 kini cecah ratusan ribu sepokok
Tip penting jika terpaksa memandu jalan yang dinaiki air
Sambutan tahun baru dibenarkan, tapi ini syaratnya – KJ
Pasangan dicekup buat ‘maksiat’ dalam air