[VIDEO] Faizal Tahir bimbing ‘Mat Saleh’ ucap Syahadah bikin netizen meremang

Nampaknya kini giliran penyanyi terkenal, Faizal Tahir membimbing seorang lagi saudara baru memeluk Islam, baru-baru ini.

Difahamkan, Faizal telah diberikan kepercayaan untuk membimbing seorang saudara baharu iaitu lelaki warganegara New Zealand yang memeluk agama Islam bertempat di Cameron Highland, Pahang, Isnin lalu.

Menganggap ia sebagai pengalaman yang cukup indah, Faizal berkata peluang itu diberikan oleh adiknya, Anas Tahir menerusi pertubuhan Hidayah Centre Foundation (HCF) yang aktif menjalankan kerja-kerja dakwah.

Faizal Tahir bimbing 'Mat Saleh' ucap Syahadah bikin netizen meremang

Ceritanya, pagi Isnin itu saya dapat mesej daripada pembantu memaklumkan mengenai program syahadah ini, saya tak fikir panjang terus bangun bersiap ke lokasi dan tinggalkan semua kerja.

Lelaki berusia 60-an itu merupakan pemilik kandang kuda (di Cameron Highland) dan sudah 12 tahun bercita-cita nak masuk Islam. Alhamdullilah, dapat bimbing dia mengucapkan kalimah syahadah merupakan satu momen cukup indah buat saya.

Faizal dalam pada itu turut berkongsi video dia sedang mengajar seorang lelaki mengucap kalimah syahadah sambil disaksikan oleh adiknya, Anas. Adikjnya merupakan penyampai radio Zayan yang juga wakil pertubuhan HCF.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Faizal Tahir (@faizal_tahir)

Ternyata, perkongsian Faizal itu mengundang perasaan sebak dan terharu dalam kalangan peminat dan juga pengikut media sosial penyanyi lagu Gemuruh itu. Dia dalam pada itu berkata akan lebih aktif dalam pertubuhan HCF yang dibina untuk menjaga kebajikan mualaf. Mereka turut menyediakan bimbingan buat mereka yang ingin menjadi saudara baru agama Islam.

Berita Penuh : https://ohmedia.my/ohartis/video-ramai-meremang-lihat-faizal-tahir-bimbing-mat-salih-ucap-syahadah-peluk-islam/

BACA JUGA :
Seperti dalam filem ‘Planet of The Apes, monyet ini kembali sejauh 22km untuk ‘balas dendam’
Menyamar “kerabat istana” lelaki ugut teman sejenis sebar video bogel
Isteri ‘malas’ mandi, lelaki mahu cerai isteri talak 3