Umno Keluar PN : Zahid buat keputusan tapi Asyraf masih bingung?

UMNO membuat keputusan tidak menyertai Perikatan Nasional (PN), sebaliknya akan memperkasakan Muafakat Nasional (MN) bersama PAS dan komponen Barisan Nasional (BN).

Pendirian terbaharu itu diumumkan Presiden UMNO, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi, pada tiga hari lepas sebagaimana dalam laporan berita seperti berikut : https://www.bharian.com.my/berita/nasional/2020/07/716353/umno-tidak-sertai-pn-bersatu-mohon-sertai-muafakat-nasional-zahid

Hari ini Ketua Pergerakan Pemuda Umno Malaysia Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki dilihat bagaikan masih bingung dengan keputusan yang telah dibuat oleh Presidennya, sehingga beliau dilihat membuat suatu undian dan pungutan suara berkenaan tindakan Umno keluar dari Perikatan Nasional.

Dalam laman Facebooknya, Asyraf menulis sebagaimana berikut : Bersetujukah anda dengan pendirian UMNO untuk tidak menyertai PERIKATAN NASIONAL (PN) sekiranya didaftarkan sebagai parti, namun kekal pertahankan Kerajaan sekarang dan perkukuhkan MUAFAKAT NASIONAL (MN)?

Sumber :