Tunku Mahkota Johor, Tunku Ismail Sultan Ibrahim dilaporkan positif Covid-19.
Tunku Ismail berkongsi keadaan kesihatan menerusi status Insta Story milik baginda hari ini.
“2 weeks of covid, and now, (dua minggu kena Covid dan sekarang).
“Few weeks ‘down time’ physically and psychologically, thank you for well wishes and now. (beberapa minggu berehat fizikal dan psikologi, terima kasih atas ucapan doa dan sekarang),”tulis baginda.
Tunku Ismail turut berkongsi bahawa baginda kini sudah kembali sembuh.
“The tiger is back,”tulis Tunku Ismail.