Tipu orang ramai, rupanya Park Min Young terlibat dalam penggubahan wang haram

Pelakon Park Min Young dituduh terlibat dalam skandal penggubahan wang haram yang melibatkan bekas teman lelakinya, Kang Jong Hyun.

Nama aktres ini menjadi tumpuan selepas didakwa menerima wang sebanyak RM885,000 daripada Jong Hyun yang dimasukkan ke dalam akaun peribadinya.

Min Young sebelum ini telah menafikan penerimaan wang tersebut, malah menyatakan bahawa hubungan mereka telah berakhir sebelum isu ini terbongkar.

Tipu orang ramai, rupanya Park Min Young terlibat dalam penggubahan wang haram

Peminat Park Min Young mengambil keputusan untuk memboikot drama terbarunya, “Marry My Husband,” sebagai tindak balas terhadap isu skandal penggubahan wang haram yang baru tersebar.

Pendedahan terbaru ini telah mengecewakan peminat, dan ramai yang bersetuju untuk tidak menyokong drama terbaru Min Young yang sedang menjadi fenomena.

Seorang netizen menyuarakan rasa kecewa, “Saya akan memboikot drama lakonan Park Min Young! Dia kembali begitu cepat selepas kontroversi, dan lihat apa yang dia lakukan terhadap drama itu.

Itulah sebabnya saya tidak mahu menonton drama lakonan Min Young. Saya juga tidak akan menonton mana-mana drama lakonannya selepas ini.”

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh pihak pengurusan aktres tersebut, Min Young sebelum ini telah dipanggil oleh pihak berkuasa untuk memberi kenyataan berhubung perkara ini pada bulan Februari tahun lalu.

Drama “Marry My Husband” turut menampilkan barisan pelakon seperti Na In Woo, Song Ha Yoon, Lee Yi Kyung, dan Gong Min Jeung.

Baca Juga : Tiga kali dah kahwin, mas kahwin kereta mercedes tu, influencer ini jadi bual ramai