Tipu orang ramai guna gambar Khairul Aming

Orang awam digesa agar tidak mudah terpedaya dengan iklan yang menggunakan wajah selebriti terkenal, Khairul Aming, di laman Facebook, yang bertujuan untuk menarik perhatian.

Iklan yang dipaparkan oleh penipu tersebut bukan sahaja menggunakan akaun palsu, malah ianya dipenuhi dengan pautan yang disyaki bertujuan untuk menjalankan penipuan.

Dalam tinjauan Kosmo!, didapati akaun palsu ini menggunakan gambar yang telah dimanipulasi secara digital, membuat Khairul Aming seolah-olah sedang mempromosikan produk tersebut.

Tipu orang ramai guna gambar Khairul Aming

Selain itu, akaun tersebut turut menjual barangan palsu yang diklaim dijual pada harga yang jauh lebih rendah daripada harga pasaran.

Beberapa selebriti tempatan sebelum ini juga telah menjadi sasaran modus operandi serupa, termasuk Datuk Aznil Nawawi, Hairul Azreen, dan Shuib.

Apabila dilihat ruangan komen, majoriti pengguna media sosial menyuarakan kebimbangan mereka terhadap iklan penipuan, khususnya di laman Facebook.

“Ayah saya selalu percaya dengan iklan seperti ini. Tapi iklan ubat-ubatan. Scammer ini juga letak video yang memberikan tip kesihatan dan kemudian mengesyorkan produk ini. Harganya tidak murah, lebih daripada RM200 juga. Orang tua kadang-kadang tidak mendengar nasihat,” ujar Dee Lana.

“Saya juga tertipu. Saya baru saja pesan jam tangan dari scammer ini. Setelah membuka Facebook, saya baru perasan akaun palsu tersebut,” kata Ben.

“Ini pasti scammer, ayat-ayat pun kelihatan terburu-buru,” kata Aiman.

“Jangan lupa untuk melaporkan jika anda menjumpai iklan scam seperti ini,” kata Rusly.

Baca Juga : Dah umur jejak 62 tahun boleh beranak, cantik dan sihat, ini rahsia Michelle Yeoh