Thailand tidak akan ulangi kesilapan yang sama untuk menentang Harimau Malaya di separuh akhir kedua Piala AFF

Thailand tidak akan ulangi kesilapan yang sama untuk menentang Harimau Malaya di separuh akhir kedua Piala AFF.

PENGENDALI Thailand, Alexandre Polking mengingatkan pemainnya supaya tidak lagi mengulangi kesilapan sama untuk hadapi Malaysia di separuh akhir kedua Piala Persekutuan Bola Sepak Malaysia (AFF) di Stadium Thammasat, malam ini.

Walaupun akur gagal menghasilkan bekalan gol tempat lawan semasa perlawanan pertama di Bukit Jalil, Polking tetap dengan pendirian peluang kedua-dua pasukan masih lagi sama rata.

“Perjuangan kami belum lagi berakhir dan kami baharu saja berada di pertengahan jalan. Kami kawal permainan (aksi pertama) dan saya harap kami mampu melakukannya sekali lagi.

“Jadi sekarang kami perlu pasti tidak lagi ulangi kesilapan sama. Kami akan terus lakukan serangan dan mengelak daripada biarkan Malaysia dapat ke­lebihan gol tempat lawan kerana situasi itu pasti menambah kesukaran buat Thailand,” katanya yang dipetik daripada Bangkok Post.

Sementara itu, kapten Gajah Perang, Theerathon Bunmathan memberi peringatan yang Malaysia tidak akan sentiasa bernasib baik dan terima padah pada perhitungan kedua.

“Sepanjang perlawanan (di Bukit Jalil), kami tidak melakukan kesilapan dan Malaysia hanya ada satu peluang. Hanya 1-0 dan kami tetap yakin mampu tewaskan Malaysia di tempat sendiri,” katanya.

Pada aksi pertama Sabtu lalu di Stadium Nasional Bukit Jalil, bintang sensasi Harimau Malaya, Faisal Halim memperoleh hadiah paling bernilai pada u­lang tahun kelahirannya yang ke-25 apabila meledak gol tunggal perlawanan pada minit ke-11.

BACA JUGA :

Sebuah kereta jatuh ke dalam sungai, dua mangsa timbul di Sungai Lebaan

Peter Anthony menegaskan Hajiji perlu patuhi Perlembagaan Sabah

“Tiada bincang mengenai politik hari ini, fokus kita adalah bekerja” – Masidi Manjun