TERKINI : Undi belah bahagi pertama dicadangkan PKR di Parlimen

Ketua Whip PKR Johari Abdul mencadangkan undi belah bahagi, selepas tamatnya perbahasan peringkat jawatankuasa bagi peruntukan pengurusan dan pembangunan untuk Jabatan Perdana Menteri, hari ini.

Ahli Parlimen Sungai Petani itu disokong sekurang-kurangnya 15 anggota parlimen lain, jumlah minimum bagi membolehkan proses itu dibuat.

Speaker Dewan Rakyat Azhar Azizan Harun kemudian membenarkan permintaan itu dan menangguhkan sidang selama 20 minit untuk proses undian.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/553137