TERKINI!!! Tarikh peperiksaan SPM, STPM, SVM dan STAM tahun ini dijadualkan semula

Tarikh peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Vokasional Malaysia (SVM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM) untuk tahun ini dijadualkan semula ekoran masalah Covid-19.

Menteri Pendidikan Dr Radzi Jidin berkata langkah itu diambil selepas Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) mengambil kira situasi semasa dalam negara.

Katanya perkembangan yang ada memang memberi kesan kepada calon peperiksaan berkenaan.

“Mengambil kira situasi semasa, KPM membuat keputusan untuk meminda tarikh peperiksaan tersebut.

“Peperiksaan SPM, SVM, dan STAM akan bermula pada 22 Feb 2021, manakala peperiksaan STPM pula akan bermula pada 8 Mac 2021.

“Perincian tentang semua peperiksaan awam ini akan dimaklumkan dalam masa yang terdekat,” katanya pada sidang media di Putrajaya hari ini.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/549970