TERKINI : Kerajaan putuskan individu positif Covid 19 tidak dibenar mengundi

Individu yang disahkan positif Covid-19 tidak akan dibenarkan mengundi pada Pilihan Raya Negeri (PRN) Sabah 26 September ini, kata Menteri Kanan (Keselamatan) Ismail Sabri Yaakob.

Beliau berkata, individu yang positif adalah kategori ke-4 dalam senarai pengundi dan tindakan itu diambil kerana bimbang penularan yang mungkin berlaku di luar kawasan kuarantin.

“Mereka yang positif Covid-19 tidak dibenarkan keluar mengundi. Kita tidak benarkan kerana takut mereka menyebarkan penyakit di luar,” katanya dalam sidang media hari ini.

Berita penuh : https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/2020/09/22/individu-positif-covid-19-tak-boleh-mengundi/