TERKINI: BN isytihar tidak sertai PRK Batu Sapi, beri laluan kepada Warisan?

Barisan Nasional (BN) memutuskan tidak menyertai PRK Parlimen Batu Sapi bagi membendung penularan wabak Covid-19, kata Pengerusinya, Ahmad Zahid Hamidi.

Ini kata beliau bagi membendung penularan wabak Covid-19 yang menyaksikan kes baru Covid-19 melonjak selepas PRN Sabah hingga mendorong pelaksanaan perintah kawalan pergerakan bersyarat (PKPB) di negeri itu.

“BN menyerahkan kepada kebijaksanaan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) untuk memutuskan tempoh berkempen dan kesesuaian tarikh pengundian yang akan dilakukan kelak.

“Pada hemat BN, kesejahteraan dan kesihatan rakyat hendaklah menjadi keutamaan,” katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Semalam, veteran DAP Lim Kit Siang menyokong cadangan supaya Perikatan Nasional (PN) dan BN memberi laluan kepada Warisan untuk mempertahankan kerusi berkenaan.

Turut menyokong cadangan itu ialah Ketua Pemuda Umno Asyraf Wajdi Dusuki.

Berita penuh: https://www.malaysiakini.com/news/545801