TERKINI!!! Amanah nafi tolak terus Belanjawan 2021, tunggu respon Menteri Kewangan dahulu

Presiden Parti Amanah Negara (Amanah) Mohamad Sabu menjelaskan bahawa partinya akan melihat dahulu jawapan Menteri Kewangan ketika menggulung Belanjawan 2021 nanti sebelum membuat keputusan menyokong atau menolak belanjawan tersebut.

Beliau menjelaskan sekiranya beberapa tuntutan dari Pakatan Harapan, Pejuang dan UMNO antaranya melanjutkan moratorium, perbelanjaan untuk JASA dan pengeluaran wang akaun 1 KWSP diterima, Amanah akan berbincang dengan parti-parti komponen PH untuk menyokong Belanjawan 2021 atau sebaliknya.

Hujah Mohamad, banyak perbelanjaan yang dimasukkan dalam Belanjawan 2021 bukan keperluan utama ketika berdepan pandemik COVID-19 antaranya pengubahsuaian pejabat beberapa kementerian yang sepatutnya tidak diutamakan.

Berita penuh: https://www.astroawani.com/berita-malaysia/belanjawan-2021-amanah-akan-tunggu-jawapan-menteri-kewangan-terlebih-dahulu-mohamad-sabu-268280