Tengku Zafrul akhirnya jawab tuduhan Leissner kaitkan namanya dengan TIA

[bg_collapse view=”button-orange” color=”#4a4949″ expand_text=”Tags” collapse_text=”Hide” ]Tengku Zafrul akhirnya jawab tuduhan Leissner kaitkan namanya dengan TIA tengku zafrul aziz zafrul aziz tengku zafrul first wife[/bg_collapse]

 

Menteri Kewangan Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz menafikan dakwaan bekas pengurus bank Goldman Sachs, Tim Leissner, yang beliau menghadiri mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009.

“Merujuk kepada artikel Free Malaysia Today (FMT) berkenaan testimoni Tim Leissner dalam perbicaraan di Amerika Syarikat, saya ingin mengesahkan bahawa saya tidak pernah menghadiri sebarang mesyuarat mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) pada tahun 2009 bersama DYMM Sultan Terengganu dan individu-individu lain yang disebut dalam kenyataan tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam satu catatan ringkas di laman Facebook beliau, hari ini.

Tengku Zafrul akhirnya jawab tuduhan Leissner kaitkan namanya dengan TIA tengku zafrul aziz zafrul aziz tengku zafrul first wife

FMT melaporkan nama Tengku Zafrul telah disebut dalam testimoni Leissner pada perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng berkaitan 1MDB yang sedang berjalan di AS. – Gambar fail/ Bernama

FMT sebelum ini melaporkan nama Tengku Zafrul disebut dalam testimoni Leissner pada perbicaraan seorang lagi bekas pengurus bank itu, Roger Ng berkaitan 1Malaysia Development Bhd (1MDB) yang sedang berlangsung di Amerika Syarikat (AS).

Leissner yang merupakan saksi dalam perbicaraan itu memberitahu Mahkamah Persekutuan di New York tentang satu mesyuarat peringkat tinggi mengenai Lembaga Pelaburan Terengganu (TIA) yang kemudiannya menjadi 1MDB.

Menurut dokumen mahkamah yang dilihat FMT, Leissner mengambil maklum satu emel daripada Ng berhubung satu mesyuarat TIA pada 2009.

Dalam emel itu, Ng memaklumkan selain dirinya individu lain yang akan menyertai mesyuarat itu ialah Sultan Terengganu, Sultan Mizan Zainal Abidin; ahli perniagaan dikehendaki, Low Taek Jho; Pengarah Urusan Kumpulan Kenanga Investment Bank, Ramli Ismail dan Tengku Zafrul, yang ketika itu merupakan pengarah di Kenanga, kata laporan itu.

Baca:

Neelofa bagi susu percuma yang dah nak expired kepada orang ramai?

Watak Shima Annuar dalam Suamiku Pendosa dipuji netizen, sampai merah-merah muka..

Akhirnya kapal berusia ribuan tahun milik firaun dipindahkan di sini