Tengah leka panjat bukit, wanita terjumpa batu bernilai RM91,917, rezeki!

Tengah leka panjat bukit, wanita terjumpa batu bernilai RM91,917, rezeki! Itulah dikatakan rezeki tersepak apabila niat untuk mendaki namun telah menemui sejenis batu yang sangkaan awalnya hanya sekadar batu biasa, namun telah disahkan oleh pakar ianya bukan lah batu biasa namun sebiji berlian yang bernilai RM91,917.

Sama-samalah kita berdoa kepada Yang Maha Esa agar kita juga dimurahkan rezeki dan seterusnya dikurniakan dengan rezeki yang tidak disangka-sangka. Yakinlah bahawa Allah SWT adalah Maha Pemurah lagi Maha Menyayangi.

Tuah menyebelahi seorang wanita apabila dia menemui sebutir berlian dianggarkan bernilai lebih AS$22,000 (RM91,917) di taman negeri Arkansas, Amerika Syarikat dan dibenarkan menyimpan mineral berharga itu, lapor akhbar Daily Star kelmarin.

Noreen Wredberg, ketika menemui berlian itu sedang mendaki bersama suaminya, Michael Wredburg di Taman Negeri Crater of Diamonds apabila dia terlihat sebutir objek berwarna kuning berkilau yang berada di atas tanah.

“Saya tidak tahu bahawa ia merupakan berlian, namun objek itu amat bersih dan berkilau. Jadi, saya mengutipnya,” kata Noreen.

Wanita itu kemudiannya membawa berlian tersebut kepada pihak berkuasa taman negeri yang kemudiannya mengesahkan bahawa ia merupakan berlian tulen.

Berlian itu bersaiz kira-kira sebutir kacang jeli dengan bentuk seperti buah pir dan berwarna kekuning-kuningan seperti lemon.

Dalam pada itu, seorang pakar berlian dan barang kemas, David Allen berkata, berdasarkan saiz, berlian yang dijumpai Noreen itu boleh dijual pada harga antara AS$20,000 hingga AS$30,000 (RM83,563 hingga RM125,344) berdasarkan kepekatan warna kuningnya.

“Semakin pekat dan cantik warna kuningnya, semakin tinggi nilainya.

“Ia adalah satu penemuan yang amat berharga dan Noreen amat bertuah kerana menemuinya,” ujarnya.

Baca:

Beberapa ekor ular selamba “melepak” di bilik laundry wanita ini

Ini respon Nedim bila isterinya mengidam nak anak perempuan, teruja netizen…

Dulu pernah jadi ratu cantik, kini pemandu treler 44 tan