Suka ponteng dewan ketika sesi perbahasan, menteri ditegur oleh Speaker supaya ubah sikap

Timbalan Yang di-Pertua Dewan Rakyat, Azalina Othman Said, menegur kerajaan mengatakan Menteri Kewangan, Tengku Zafrul Aziz, atau timbalannya, Abdul Rahim Bakri dan Mohd Shahar Abdullah, mesti berada di Dewan Rakyat ketika ahli Parlimen membahaskan Belanjawan 2021.

Beliau mengingatkan kerajaan bahawa belanjawan merupakan perkara penting dan perlu diberi perhatian.

“Saya nak minta menteri atau timbalan menteri yang ada 2 orang tolong duduk dalam dewan bila perbahasan dilakukan ahli Parlimen,” katanya sebelum menamatkan sidang har ini.

Azalina faham tentang kesibukan menteri dan timbalannya, tetapi begitu juga semua wakil rakyat.
Powered by Streamlyn

“Menteri banyak tak ada, isu belanjawan isu penting,” katanya.

Shahidan Kassim (BN-Arau) mencelah untuk memaklumkan bahawa beliau difahamkan menteri dan timbalannya menghadiri mesyuarat.

Terdahulu, Ahli Parlimen Jelutong, RSN Rayer, tertanya kenapa menteri atau timbalannya tidak berada di Dewan Rakyat ketika belanjawan dibahaskan.

Sebelum itu, Rayer membangkitkan hal sama kepada YDP Azhar Azizan Harun, yang menjelaskan tiada peruntukan mewajibkan menteri atau timbalannya mesti berada di Dewan Rakyat ketika wakil rakyat membahaskan belanjawan yang mereka bentangkan.

“Tiada pun peruntukan yang mewajibkan menteri dan timbalan menteri kena ada dalam dewan ketika belanjawan. Saya rasa mereka pantau dari luar,” katanya.

Berita penuh: https://www.freemalaysiatoday.com/category/bahasa/tempatan/2020/11/11/azalina-tegur-menteri-timbalan-menteri-tiada-didewan-ketika-belanjawan-2021-dibahas/