Seorang isteri bertindak mengamuk di sebuah lokasi sekatan jalan raya apabila mendapat tahu suaminya curang.
Kejadian berkenaan berlaku di di wilayah Jawa Timur, Indonesia.
Mengamuk dapat tahu suami curang
Menerusi video yang dimuat naik oleh Andre Li di Instagram, memaparkan wanita yang memakai baju biru itu mengamuk di hadapan suami dan juga kekasih gelap suaminya tanpa menghiraukan anggota polis yang berada di sekatan jalan raya itu.
Dipintas isteri ketika lalu sekatan jalan raya sekatan aktiviti masyarakat (PPKM).
Anggoro itu dah ada isteri. Awak faham tak? Macam mana lagi saya perlu bersabar dengan awak?
Wanita berkenaan kelihatan begitu marah sekali, namun tindakannya tidak diendahkan oleh suami dan teman wanitanya.
Dalam pada itu, polis yang bertugas pada ketika itu cuba untuk menenangkan wanita berkenaan dan meleraikan kekecohan yang berlaku.
Berita Penuh : https://ohbulan.com/isteri-mengamuk-lepas-tahan-suami-curang-dekat-roadblock-polis-tengok-je?
BACA JUGA :