Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul

Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul. Siapa yang tidak kenal Sambal Nyet kan? Ada yang berlumba-lumba nak beli di Shopee?

Berpusu-pusu orang menanti di Shopee untuk membuat pembelian sambal terlaris abad ini. Wah gituu!

Penulis juga pernah menunggu Sambal Nyet untuk ‘restock’ ketika permulaan Sambal Nyet dilancarkan oleh Khairul Aming tapi mungkin bukan rezeki pada ketika itu.

Selepas setahun lancar sambal nyet, Khairul Aming kongsi jumlah jualan terkumpul

Apa yang best sangat Sambal Nyet ni?

Selain daripada keseronokan untuk berebut-rebut bersama pembeli lain di Shopee, ternyata rasa Sambal Nyet tidak mengecewakan malah mengujakan setiap orang yang merasai Sambal Nyet.

Jualan Sambal Nyet Mencecah RM7.5 Juta

Setahun Sambal Nyet berada dalam pasaran, pengasasnya Khairul Aming berkongsi jumlah jualan yang berjaya dicapai Sambal Nyet
Kini sudah setahun berlalu dan pengasas Sambal Nyet, Khairul Aming berkongsi di ruangan Instagram beliau berkenaan dengan jualan yang telah mencecah 540,000 botol untuk tahun pertama.

Jumlah keseluruhan jualan adalah sebanyak RM7.5 juta! Banyak tu!

Rugi Puluhan Ribu

Tapi, tak semuanya indah dalam perniagaan. Sebelum Sambal Nyet mendapat sambutan hangat daripada rakyat Malaysia, Khairul Aming pernah berkongsi akan kegagalan beliau dalam bisnes sebelum ini.


Ya. Ini adalah ciapan daripada Khairul Aming sendiri. Beliau pernah menjual sambal sejak tahun 2017. Namun, usahanya tidak membuahkan hasil. Ketika itu, beliau membuat jualan di Facebook namun sambal tersebut tidak mendapat sambutan.

Beliau turut berkongsi bahawa staf juga terpaksa dilepaskan dan berpuluh ribu ringgit simpanannya hangus.

Namun itu tidak mematahkan semangat beliau. Beliau terus berusaha dan berusaha sehinggalah dapat mencapai apa yang beliau capai hingga ke hari ini.

Dalam hantaran yang dimuatnaik di Instagram beliau, Khairul Aming turut berkongsi wajah kilang Sambal Nyet yang terletak di Kota Bharu, Kelantan yang berkeluasan 14,000 kaki persegi.

Haa.. Kalau ada antara korang belum rasa lagi Sambal Nyet Khairul Aming, boleh membuat belian di Shopee seperti link berikut https://shp.ee/n9jybff

Bagi pihak Majalah Labur, kami mendoakan agar bisnes Sambal Nyet Khairul Aming terus berkembang pesat dan maju. Tahniah Khairul Aming! Tahniah Sambal Nyet!

Tonton:

Baca:

Terkejut ‘banker’ ini tengok baki akaun makcik ni, “menyesal pula tengking tadi..”

Pelik tandas rumah mentua selalu berlendir, akhirnya terbongkar rahsia..

Raja Jin berjaya ditewaskan pemuda ini, selamba je makan..